KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) ialah sebuah yayasan amal yang dilancarkan pada 12 Jamadilakhir 1426 Hijrah bersamaan dengan 19 Julai 2005 bersempena Ulang Tahun keputeraan ke-43 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.

Falsafah
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada

Visi
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.

Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar

  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
  • Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
  • Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
  • Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
  • Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
  • Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain

BERITA TERKINI

Buletin TINTA YDSM EDISI KE-28 JANUARI-JUN 2022

September 26th, 2022|0 Comments

Tinta YDSM Volume 1 Januari-Jun 2022 (Edisi ke 28)

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TELEKOM MALAYSIA – YTM’S FUTURE LEADERS SCHOLARSHIP

August 23rd, 2022|0 Comments

HEBAHAN! PERHATIAN UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2021 yang mendapat keputusan yang cemerlang iaitu MINIMUM 6A ke atas. Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (YTM) akan mengadakan Program Tajaan Biasiswa kepada anak [...]

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DATO’ PADUKA MAHKOTA TERENGGANU YANG AMAT DIHORMATI (D.P.M.T.) – DATO’ HAJI AZIZULRAHIM BIN AHMAD ZAMBRI

August 16th, 2022|0 Comments

SEKALUNG TAHNIAH Diucapkan kepada YBhg. Dato' Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan diatas Penganugerahan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato' [...]

PROGRAM IBADAH QURBAN YDSM 2022

July 14th, 2022|0 Comments

Selesai sudah Program Ibadah Qurban YDSM dengan Kerjasama Masjid Mengabang Telipot, Kuala Nerus yang telah diadakan pada 11 Julai 2022 bersamaan 11 Zulhijjah 1443H bertempat di Pekarangan Masjid berkenaan. Hadir menyerahkan agihan daging Qurban kepada [...]

Video YDSM