KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) ialah sebuah yayasan amal yang dilancarkan pada 12 Jamadilakhir 1426 Hijrah bersamaan dengan 19 Julai 2005 bersempena Ulang Tahun keputeraan ke-43 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.

Falsafah
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada

Visi
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.

Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar

  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
  • Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
  • Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
  • Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
  • Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
  • Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain

BERITA TERKINI

PENGAMBILAN PELATIH/PESERTA PROGRAM SENI KRAF WARISAN YDSM SIRI KE-9 SESI 2023/2024

February 2nd, 2023|0 Comments

HEBAHAN!! Pengambilan Pelatih/Peserta Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan Siri ke-9, Sesi 2023/2024 Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan kerjasama pengusaha - pengusaha kraf terpilih Terengganu telah menganjurkan Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja [...]

KENYATAAN MEDIA YDSM-PENAFIAN PENGLIBATAN YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN DAN PENYALAHGUNAAN NAMA DALAM URUSAN TAWARAN MENGURUSKAN LADANG CAHAYA IKHTIAR SECARA PAJAKAN BERTEMPOH

December 27th, 2022|0 Comments

KENYATAAN MEDIA   PENAFIAN PENGLIBATAN YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN (YDSM) DAN PENYALAHGUNAAN NAMA DALAM URUSAN TAWARAN MENGURUSKAN LADANG CAHAYA IKHTIAR SECARA PAJAKAN BERTEMPOH   Bahawa tular satu surat tawaran PALSU yang kononnya dikeluarkan oleh YDSM [...]

PROGRAM KLINIK KESEDARAN UNDANG-UNDANG DAN KHIDMAT NASIHAT GUAMAN MASYARAKAT (KESUMA) YDSM

October 20th, 2022|0 Comments

15 Oktober 2022. Selesai Program Klinik Kesedaran Undang-Undang dan Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat YDSM (KESUMA) yang diadakan di Pekarangan Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman, Terengganu. Program tersebut diawali dengan sesi Forum Perdana pada 13 Oktober [...]

Buletin TINTA YDSM EDISI KE-28 JANUARI-JUN 2022

September 26th, 2022|0 Comments

Tinta YDSM Volume 1 Januari-Jun 2022 (Edisi ke 28)

Video YDSM