21 Julai 2021 (Rabu)
Alhamdulillah..
Selesai sudah Program Ibadah Qurban Yayasan DiRaja Sultan Mizan 1442H/2021M yang diadakan di Pekarangan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Program diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri dan Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa yang mana kedua-duanya merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Salleh bin Syed Yusof Az-Zawawi, Pengerusi Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu.
Terima kasih & syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.