HEBAHAN!!
Pengambilan Pelatih/Peserta Program Seni Kraf Warisan
Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Siri ke-9, Sesi 2023/2024
Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan kerjasama pengusaha – pengusaha kraf terpilih Terengganu telah menganjurkan Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (PSKW YDSM) sejak tahun 2008.
Program latihan kemahiran ‘Mentor- Mentee’ ini bertujuan untuk membantu mengekalkan kesinambungan warisan tradisi pembuatan produk kraf warisan Terengganu dalam kalangan generasi muda di samping dapat membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan atau membantu mereka menjadi usahawan di dalam bidang seni kraf warisan.
BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN
1. Seni Ukiran Kayu
2. Seni Pertukangan Perabot Ukiran Kayu
3. Seni Pembuatan Batik Blok, Batik Terap dan Batik Lukis
4. Seni Pembuatan Produk Tembaga
5. Seni Pertukangan Barangan Perak & Emas
6. Seni Kaligrafi Terengganu
7. Seni Pertukangan Senjata Tradisional (Pisau/Parang/Golok)
8. Seni Pembuatan Sarung dan Hulu Keris
9. Seni Pertukangan Bilah Keris
TEMPOH LATIHAN
18 bulan
ELAUN BULANAN DISEDIAKAN
SYARAT KEMASUKAN
i) Warga Malaysia, keutamaan kepada rakyat Terengganu.
ii) Lelaki & Perempuan
iii) Berumur di antara 18 – 40 tahun.
iv) Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM/SPMV atau STPM
v) Berminat dengan bidang kesenian dan keusahawanan.
Kemasukan PERCUMA
TEMPAT LATIHAN
Di setiap bengkel pengusaha kraf terpilih di Terengganu (rujuk lampiran tempat kursus/latihan yang disediakan)
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI:
Pejabat
Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6231131, 09-6261131 / 019-9302100 Faks: 09-6231131
Facebook : Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Website : ydsm.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sebelum atau pada 31 Mac 2023
Sebarang pertanya boleh hubungi Encik Mohd Hapizul di talian 019-9302100
Leave A Comment