15 Oktober 2022. Selesai Program Klinik Kesedaran Undang-Undang dan Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat YDSM (KESUMA) yang diadakan di Pekarangan Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman, Terengganu.
Program tersebut diawali dengan sesi Forum Perdana pada 13 Oktober 2022 bertempat di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman, Terengganu. Forum Perdana tersebut bertajuk “Keluarga Berhabuk” yang melibatkan ahli panel iaitu YBhg. Dato’ Haji Badli Shah Alauddin dan Ustaz Haji Mohd Fauzi Mustaffa serta moderator iaitu Ustaz Nazri Yusoff.
Program kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga kemaman.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutamanya pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad.