KENYATAAN MEDIA

 

PENAFIAN PENGLIBATAN YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN (YDSM) DAN PENYALAHGUNAAN NAMA DALAM URUSAN TAWARAN MENGURUSKAN LADANG CAHAYA IKHTIAR SECARA PAJAKAN BERTEMPOH

 

  1. Bahawa tular satu surat tawaran PALSU yang kononnya dikeluarkan oleh YDSM bagi satu TAWARAN MENGURUSKAN LADANG CAHAYA IKHTIAR SECARA PAJAKAN BERTEMPOH.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Surat ini SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN dengan YDSM. YDSM juga tidak tahu menahu serta tidak pernah terlibat dalam urusan tersebut. Adalah DITEGASKAN bahawa YDSM TIDAK PERNAH TERLIBAT dengan sebarang aktiviti perladangan tersebut.

 

  1. Pihak YDSM juga telah menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

 

  1. Justeru, Setiausaha Kerja YDSM menasihati semua pihak agar lebih berhati-hati dan tidak mempercayai perkara ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yayasan DiRaja Sultan Mizan

27 Disember 2022

 

KENYATAAN MEDIA PENAFIAN YDSM 2022