HEBAHAN!
PERHATIAN UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2021 yang mendapat keputusan yang cemerlang iaitu MINIMUM 6A ke atas.
Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (YTM) akan mengadakan Program Tajaan Biasiswa kepada anak negeri Terengganu Darul Iman dibawah program “YTM’S Future Leaders Scholarship” bagi melahirkan pemimpin digital masa hadapan untuk Malaysia.
TERMA & SYARAT KELAYAKAN sebagaimana berikut:
– Pelajar Lepasan SPM 2021
– Minimum 6A
– Pelajar dan Ibu Bapa adalah Warganegara MALAYSIA.
– Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum/sukan.
– Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.
– Tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan pendidikan dari mana-mana pihak lain.
MAKLUMAN : Biasiswa yang ditawarkan adalah KHAS untuk Pengajian di Multimedia University (MMU) SAHAJA bagi KEMASUKAN OKTOBER 2022.
Kepada pelajar-pelajar yang BERMINAT dan berhasrat untuk mendapatkan tajaan ini, bolehlah berhubung dengan Pegawai YDSM, Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian (019-9302100).
Tawaran Permohonan Biasiswa ini adalah sehingga 1 SEPTEMBER 2022.
Terima kasih.