Selesai sudah Program Ibadah Qurban YDSM dengan Kerjasama Masjid Mengabang Telipot, Kuala Nerus yang telah diadakan pada 11 Julai 2022 bersamaan 11 Zulhijjah 1443H bertempat di Pekarangan Masjid berkenaan.
Hadir menyerahkan agihan daging Qurban kepada Asnaf & Miskin ialah YBhg Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM diringi oleh Tuan Haji Sidek bin Abdullah, Pengerusi Masjid Mengabang Telipot.
Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM yang lain iaitu Tuan Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri dan Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjaya & melancarkan perjalanan Program berkenaan khususnya pengurusan kedua-dua pihak & sukarelawan yang terlibat.
Terima kasih juga kepada Individu & pihak yang mengambil bahagian dalam Ibadah Qurban bersama YDSM pada tahun ini.
Salam Aidiladha untuk semua.