22 November 2021, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan BSN telah menandatangani ‘Memorandum Persefahaman’ (MoU) Program Pembiayaan Usahawan Mikro YDSM (BSN Micro-i).
Majlis Menandatangani MoU tersebut telah disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu, Pengerusi YDSM.
Memorandum Persefahaman ini ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof dan Azizulrahim bin Ahmad Zambri. Bagi pihak BSN pula ditandatangani oleh Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN dan Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
Semoga melalui pembiayaan BSN Micro- i ini dapat membuka langkah dan peluang kepada alumni YDSM sebagai usahawan di samping meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka.