KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) ialah sebuah yayasan amal yang dilancarkan pada 12 Jamadilakhir 1426 Hijrah bersamaan dengan 19 Julai 2005 bersempena Ulang Tahun keputeraan ke-43 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.

Falsafah
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada

Visi
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.

Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar

  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
  • Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
  • Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
  • Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
  • Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
  • Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain

BERITA TERKINI

MAKLUMAN PAMERAN ILUMINASI DAN WARKAH EMAS DIRAJA TERENGGANU YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN 2019

August 26th, 2019|0 Comments

HEBAHAN!   YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN dengan kerjasama KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU dan LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU akan mengadakan PAMERAN ILUMINASI DAN WARKAH EMAS DIRAJA TERENGGANU selama sebulan bermula pada 1 hingga 30 September 2019 bertempat [...]

JEMPUTAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN YDSM 1440 HIJRAH/2019

July 9th, 2019|0 Comments

Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan kerjasama Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban sempena Hari Raya Aidiladha 1440 Hijrah pada 12 Ogos 2019, Isnin bersamaan 11 Zulhijjah 1440H.   Kepada yang berminat [...]

KDYMM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN LANCARKAN “BOARDWALK” SETIU

May 5th, 2019|0 Comments

Dalam usaha membangunkan kawasan Tanah Bencah Setiu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menjalankan beberapa aktiviti pembangunan sama ada fizikal mahupun pembangunan produk dan sumber manusia di kawasan tersebut dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan [...]

MEMORANDUM YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN MENGENAI PEMBANGUNAN TANAH BENCAH SETIU SEBAGAI TAMAN NEGERI DAN WARISAN DUNIA

May 5th, 2019|0 Comments

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sejak penubuhannya pada 2005 telah memberikan komitmen yang mendalam kepada matlamatnya untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan pembangunan lestari. Bagi tujuan ini, salah satu fokus utamanya ialah program pemuliharaan dan [...]

Video YDSM