Berita Terkini

/Berita Terkini/

December 2016

“YOUR LANGUAGE MY CULTURE” SATU PROGRAM BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI TERENGGANU

By | December 25th, 2016|Uncategorized|

Pada akhir tahun 2014, satu inisiatif untuk melaksanakan program Bahasa Inggeris tambahan yang dikenali sebagai ‘Your Language My Culture’, yang direka khusus untuk sekolah-sekolah menengah Terengganu, telah dikemukakan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YDSM yang dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Mizan. Usulan ini telah [...]

November 2016

MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI RAKYAT MISKIN

By | November 11th, 2016|Uncategorized|

Menyedari masih ramai golongan yang memerlukan sokongan dan bantuan, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) melalui Jawatankuasa Agihan Zakat terus tampil menghulurkan bantuan. Program Agihan Zakat YDSM dilaksanakan bagi memperkasakan sosioekonomi rakyat dan berpendapatan rendah Negeri Terengganu melalui sumbangan bantuan zakat dalam pelbagai bentuk. Sumbangan itu sama ada dalam bentuk peralatan perniagaan, baik pulih premis perniagaan, [...]

August 2016

KESUMA PERLUAS PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT MARANG

By | August 22nd, 2016|Uncategorized|

Program Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat (KESUMA) YDSM 2016 Klinik Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat (KESUMA) YDSM telah melancarkan Program klinik kesedaran undang-undang dan khidmat nasihat guaman telah di Daerah Marang pada 22 dan 23 Julai 2016 yang lalu bertempat di pekarangan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang. Seramai lebih 700 orang terdiri daripada masyarakat setempat [...]

MAJLIS MESRA HARI RAYA AIDILFITRI YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN 2016

By | August 21st, 2016|Uncategorized|

Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri YDSM telah berlangsung pada hari Khamis 21 Julai 2016 bersamaan 16 Syawal 1437  Hijrah bertempat di halaman pejabat YDSM di Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Majlis ini merupakan Majlis Sambutan Hari Raya YDSM yang keenam semenjak ianya dilancarkan. KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum [...]

July 2016

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) YDSM – ERICSSON MALAYSIA

By | July 29th, 2016|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Ericsson Malaysia bersama rakan-rakan kongsi yang lain telah merangka satu pelan tindakan untuk mewujudkan pembangunan mampan bagi memelihara ekosistem Tanah Bencah Setiu dan memeliharan warisan budayanya menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Inisiatif yang diberi nama Connected Setiu Wetlands turut melibatkan kerjasama dengan Celcom Malaysia, Luimewah dan Tone. Ia [...]

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

By | July 12th, 2016|Uncategorized|

Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dalam semangat prihatin terus mengambil berat golongan yang kurang bernasib baik melalui penganjuran Majlis Berbuka Puasa bersama golongan berkenaan pada bulan Ramadhan yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan 1437 Hijrah, bertempat di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala [...]

AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN

By | July 10th, 2016|Uncategorized|

Program Agihan Bubur Lambuk Ramadhan merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). Program yang telah memasuki tahun kelapan ini begitu sinonim dengan YDSM. Program ini saban tahun mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Menurut Pengerusi Program Agihan Bubur Lambuk, Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, YDSM menerima [...]

June 2016

MAJLIS PENGURNIAAN HADIAH PIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN 2016

By | June 30th, 2016|Uncategorized|

Buat julung kalinya Majlis Pengurniaan Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan yang telah dimulakan semenjak 2010 telah dilangsungkan di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu. Sebelum ini majlis ini diadakan di beberapa lokasi dengan yang terakhirnya pada tahun 2015 di Hotel TH. Majlis Pengurniaan Hadiah Piala YDSM tahun ini berlangsung pada 2 Jun 2016, dengan diserikan [...]

SMART ENGLISH PROGRAMME & MANFAATNYA KEPADA PELAJAR

By | June 25th, 2016|Uncategorized|

Dalam halaman ini kami siarkan tiga karangan pendek yang ditulis oleh tiga orang pemenang Pertandingan Smart English untuk sesi 2016. Mereka ialah murid-murid Darjah 6 daripada tiga buah sekolah berlainan iaitu SJK ( C ) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu; Sekolah Kebangsaan Mangkok, Permaisuri; dan Sekolah Kebangsaan Padang Luas Jerteh, Besut. Karangan-karangan mereka ini [...]

KEM REMAJA HARAPAN YDSM MELENTUR DISIPLIN DAN JATI DIRI PELAJAR

By | June 21st, 2016|Uncategorized|

Ungkapan “pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan, dan juga ejen perubahan” menunjukkan pentingnya usaha pembinaan insan dalam kalangan golongan remaja sebagai pewaris masa depan negara dan bangsa. Menyedari hakikat ini, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah menganjurkan Program Kem Remaja Harapan YDSM untuk pelajar-pelajar terpilih di peringkat sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri [...]