Berita Terkini

/Berita Terkini/

May 2018

MAJLIS PELANCARAN BUKU “BIRDS OF TERENGGANU”

By | May 30th, 2018|Uncategorized|

Tanggal 12 Februari 2018, Buku Birds of Terengganu terbitan YDSM dan Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan rasminya telah disempurnakan pelancarannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Pengerusi YDSM bertempat di hadapan Boardwalk Setiu Wetland, Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.   Berbeza dengan Majlis Pelancaran buku-buku terbitan [...]

YDSM SALURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

By | May 2nd, 2018|Uncategorized|

Kejadian bencana alam terutamanya banjir merupakan musibah yang harus diuruskan secara cekap dan berkesan oleh semua pihak. Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah merupakan antara pihak yang melaksanakan Program Bantuan Banjir kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Daerah di Terengganu sejak beberapa tahun yang lalu. Program ini juga adalah sejajar dengan objektif dan matlamat YDSM yang [...]

April 2018

CORETAN PENGALAMAN PENERIMA BIASISWA DIRAJA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN

By | April 26th, 2018|Uncategorized|

Alhamdulillah, saya merupakan antara yang bertuah kerana berpeluang mendapat tajaan biasiswa diraja Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di peringkat PhD yang disumbangkan oleh Tuanku Sultan sendiri. Saya adalah calon PhD pertama yang memperoleh biasiswa diraja ini daripada Yayasan. Saya menjunjung kasih atas perhatian Tuanku.   Berkat kesabaran dan usaha sewaktu pengajian peringkat sarjana di Jordan [...]

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROYAL LETTERS OF BAGINDA OMAR VOLUME II

By | April 25th, 2018|Uncategorized|

Apabila mengkaji sejarah kesultanan Terengganu, nama Sultan Baginda Omar, Sultan Terengganu yang kesembilan, muncul sebagai seorang raja yang hebat, memerintah negeri Terengganu dari tahun 1839 hingga 1876, iaitu selama hampir empat dekad. Baginda Omar (1806-1876) bukan sahaja seorang pembangun pemodenan pentadbiran negeri dan pendokong perkembangan perdagangan dan industri negeri Terengganu sehingga Terengganu diberi jolokan oleh [...]

YDSM MENERIMA SUMBANGAN REPSOL OIL & GAS

By | April 25th, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) terus mengorak langkah dalam usaha ke arah memperbaiki taraf hidup golongan yang memerlukan bantuan dan bimbingan di Terengganu. Terbaru, YDSM memfokuskan aktiviti memperkasakan sosioekonomi isteri-isteri para nelayan melalui sumbangan dan tajaan khas program menambah pendapatan  daripada hasil laut. Program  ini dilaksanakan dengan kerjasama Repsol Oil & Gas Malaysia Limited (Repsol [...]

MAJLIS KHATAN PERDANA BAGI KANAK-KANAK KELUARGA MISKIN

By | April 23rd, 2018|Uncategorized|

Sempena cuti penggal akhir tahun persekolahan yang lalu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah menganjurkan Program Khatan Perdana 2017. Program ini adalah disediakan khas untuk golongan yang kurang berkemampuan. Usaha ini adalah selaras dengan tuntutan agama Islam agar setiap umatnya samada lelaki dan wanita menjalani khatan/ [...]

MAJLIS GRADUASI UNTUK PELATIH DAN PESERTA PROGRAM YDSM

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

YDSM terus tekad dalam menggerakan usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat khasnya di Negeri Terengganu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan kemasyarakatan. Antara program sedemikian ialah Seni Kraf Warisan, Penghasilan Madu Kelulut dan Pembuatan Pastri.   Pada tahun ini, YDSM melahirkan seramai 61 orang graduan yang berjaya menamatkan kursus dalam ketiga-tiga bidang berkenaan dengan cemerlang. Sehubungan dengan itu, [...]

YDSM TAJA PEMBEDAHAN MATA PESAKIT KELUARGA MISKIN

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

Mata merupakan salah satu pancaindera anugerah Allah yang amat besar gunanya. Tanpa penglihatan yang normal, ia boleh menjejaskan aktiviti seharian seseorang terutamanya yang berkaitan pencarian rezeki. Begitulah situasi yang dialami oleh ketua bagi tiga keluarga miskin dari Terengganu. Ketiga-tiga mereka ini dikesan mempunyai masalah mata yang agak serius sewaktu berpeluang  menjalani pemeriksaan  mata semasa Program [...]

YDSM TERUS BIMBING PENERIMA BANTUAN DAN PESERTA PROGRAM

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

Saban tahun semakin ramai penerima bantuan dan peserta program yang berpeluang bernaung di bawah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). Sejajar dengan itu, YDSM telah berjaya melahirkan beberapa orang usahawan mikro hasil daripada program memperkasakan sosioekonomi peserta-peserta berkenaan. Program Kecemerlangan Insan Yayasan DiRaja Sultan Mizan merupakan salah satu program sebagai strategi susulan untuk memastikan para peserta [...]