Alhamdulillah & Syukur

 

Selesai sudah penyerahan bantuan kewangan kepada murid/pelajar miskin pada 4 Mei 2021 bertempat di YDSM. Miskipun majis rasmi tidak dapat dijalankan sebagaimana sebelumnya, YDSM tetap memberi sumbangan kepada mereka yang layak dan memerlukan.

 

Pada tahun ini, seramai 70 orang murid Sekolah Rendah dan 70 orang pelajar Sekolah Menengah serta 60 orang pelajar Ma’had/Madrasah telah menerima sumbangan ini. Penyerahan bantuan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YDSM kepada Guru Besar dan Pengetua sekolah yang terlibat.

 

Tidak dilupakan juga bantuan kewangan kepada kira-kira 200 orang fakir dan miskin yang mana bantuan ini dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak.

 

Semoga bantuan yang diterima ini sedikt sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga penerima dalam mengharungi Ramadhan dan Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

 

 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat