PELUANG UNTUK PELAJAR NEGERI TERENGGANU YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD) DALAM BIDANG “ARTIFICIAL INTELLIGENCE

 

Dimaklumkan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah sebuah badan amal yang telah dilancarkan  pada 19 Julai 2005 di Kuala Terengganu. Yayasan ini merupakan ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, serta diasaskan dan dipengerusikan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tujuan utama YDSM adalah untuk membantu dan memberi sumbangan ke arah usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

 

Usaha yang dilakukan oleh YDSM adalah untuk menyokong dan melengkapkan pelbagai program dan projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak-pihak lain. Dalam mencapai tujuan tersebut, YDSM telah menjalankan pelbagai program dan projek, antaranya ialah Program Biasiswa YDSM. Program Biasiswa YDSM adalah Khas untuk pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sahaja.

 

Oleh itu, YDSM bersetuju untuk menaja SEORANG pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di luar negara pada tahun ini. Bidang pengajian yang dipilih adalah bidangARTIFICIAL INTELLIGENCE.

 

Antara syarat-syarat bagi pelajar yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:

 

  1. Anak Jati NEGERI TERENGGANU sahaja
  2. Telah tamat pengajian Sarjana (Master) dalam bidang yang berkaitan
  3. Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang “Artificial Intelligence
  4. Bersedia untuk belajar di LUAR NEGARA.   

 

Sekiranya ada pelajar-pelajar dalam negeri Terengganu yang berminat untuk memohon Biasiswa ini bolehlah menghantar surat permohonan beserta resume dan cadangan proposal kajian dalam bidang “Artificial Intelligence yang sesuai kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

 

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai YDSM Encik Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100 atau 09-6251131/6261131.

 

 

Sekian, terima kasih.