Pengambilan Pelatih Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan Siri ke-8, Sesi 2020/2021

 

Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan kerjasama pengusaha – pengusaha kraf terpilih Terengganu menganjurkan Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (PSKW YDSM) sejak tahun 2008.

 

Program latihan kemahiran ‘Mentor- Mentee’ ini bertujuan untuk membantu mengekalkan kesinambungan warisan tradisi pembuatan produk kraf warisan Terengganu dalam kalangan generasi muda di samping dapat membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan atau membantu mereka menjadi usahawan di dalam bidang seni kraf warisan.

 

Bidang latihan yang ditawarkan

 

  • Seni Ukiran Kayu
  • Seni Perabot Ukiran Kayu
  • Seni Pembuatan Batik Blok, Batik Terap dan Batik Lukis
  • Seni Pembuatan Produk Tembaga
  • Seni Pertukangan Barangan Perak & Emas
  • Seni Kaligrafi Khat
  • Seni Pertukangan Senjata Tradisional (Pisau/Parang/Golok)
  • Seni Pembuatan Sarung dan Hulu Keris
  • Seni Pertukangan Bilah Keris

 

Tempoh Latihan

 

18 bulan

Elaun disediakan.

 

Syarat kemasukan

 

  1. Warga Malaysia, keutamaan kepada rakyat Terengganu.
  2. Lelaki & Perempuan
  3. Berumur di antara 18 – 40 tahun
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM/SPMV atau STPM
  5. Berminat dengan bidang pertukangan dan keusahawanan.

Kemasukan PERCUMA (Bermula APRIL 2020)

 

Tempat latihan

 Di setiap bengkel pengusaha kraf terpilih di Terengganu.

 

Borang boleh didapati di:

 

Pejabat

Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud

20400 Kuala Terengganu

Terengganu

Tel: 09-6231131, 09-6261131 / 019-9302100            Faks: 09-6231131

 

Facebook : Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Website   : ydsm.my

 

Tarikh tutup permohonan

Sebelum atau pada 27 Februari 2020 (Khamis) sebelum jam 4.30 petang.

 

SEBARKAN!!!

 

Boleh cetak borang permohonan di bawah:

Borang Permohonan Kemasukan Program Seni Kraf Warisan YDSM-Sesi 2020 pdf

TEMPAT KURSUS PSKW 2020 pdf edited