Kursus Keusahawanan untuk para Pelatih Program Seni Kraf Warisan YDSM siri ke-7 sesi 2018/2019 telah diadakan selama 5 hari 4 malam pada 1 hingga 5 Disember 2019 bertempat di Smart Classroom, Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Terima kasih dan Tahniah kepada semua pelatih yang telah menyertai dan memberikan komitmen yang baik sepanjang Kursus ini. Tahniah juga kepada pelatih lelaki dan wanita terbaik yang telah terpilih. Semoga kursus ini dapat menyemarakkan lagi semangat para pelatih untuk menjadi usahawan yang berjaya di masa akan datang.

 

Terima kasih juga kepada pihak Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri UniSZA sebagai perunding untuk melaksanakan Kursus Keusahawanan ini.