Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program Gotong Royong Perdana Skuad Sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019 5 Oktober 2019, Sabtu yang melibatkan pembersihan beberapa buah masjid dan tanah perkuburan Islam sekitar daerah Dungun.

 
Antara Masjid & Tanah Perkuburan Islam yang terlibat adalah:

 

i. Masjid Kampung Sura dan Tanah Perkuburan Islam Sura

ii. Masjid Lama Kampung Sura dan Tanah Perkuburan Islam Sura

iii. Masjid Nurul Ehsan Kampung Padang Jambu dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Nibong

iv. Masjid As-Salikin Sungai Udang dan Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya

v. Masjid Pak Sabah dan Tanah Perkuburan Islam Gong Pasir

 
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih juga kepada Pejabat Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM Dungun), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahli Skuad Skuad Sukarelawan YDSM dari UiTM Dungun, UMT dan UniSZA serta penduduk kampung yang terlibat.