Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diadakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 30 September hingga 3 Oktober 2019 bertempat di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu khusus untuk golongan ibu tunggal dan beliawanis.

 

Diakhir Kursus tersebut turut diadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta kursus.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Fadzli Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, En. Sukiman Mohamed, Pengurus Besar, Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Subsidiari-Sudsidiari ExxonMobil di Malaysia dan En. Mohd Desa, Wakil Pegarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kepada pihak ExxonMobil atas sokongan berterusan menyumbang dana kepada pihak YDSM.

 

Ucapan terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu atas kerjasama dalam menjayakan kursus pada tahun ini.