Majlis Program Pendaftaran Kemasukan Pelajar Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) Peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dibawah Program Pengambilan Pelajar dari Keluarga Berpendapatan Rendah (B40) ke UniSZA.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM) dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan (Naib Censelor UniSZA).

 

Program ini merupakan inisiatif YDSM bersama UniSZA dan beberapa agensi Kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Yayasan Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu (JKM) dalam membantu anak-anak Terengganu khususnya dari Keluarga Berpendapatan Rendah (B40) melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) khasnya di UniSZA.