Bubur Lambuk YDSM adalah antara juadah berbuka puasa yang menjadi tumpuan dan penantian ramai khususnya di masjid-masjid pilihan yang mejadi tempat agihan. Program amal telah memasuki tahun kesebelas penganjurannya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Oleh itu,  kuantiti agihan telah ditingkatkan di setiap masjid yang terlibat.

 

Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Abidin (Masjid Negeri), Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang dan Masjid Hiliran bagi daerah Kuala Terengganu, Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di Daerah Dungun dan Masjid Bukit Payong, bagi Daerah Marang. Manakala Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus adalah lokasi terbaru yang dipilih untuk program ini. Lebih 46 ribu bekas bubur lambuk diagihkan sepanjang Ramadhan pada tahun ini.

 

Sebagaimana kebiasaan, pengurusan bubur lambuk YDSM ini dilakukan oleh Tuan Haji Tajuddin bin Adam, iaitu salah seorang penerima bantuan YDSM sebelum ini. Kepakaran yang beliau miliki dalam masakan bubur lambuk tidak disangkal apabila pernah memenangi anugerah Program Pencarian Bubur Lambuk Terbaik Nasi Lemak Kopi O TV9 sebelum ini.