Pada awal januari 2019 yang lalu, telah tular di media sosial beberapa gambar seorang remaja yang dilihat begitu akrab dengan beberapa ekor kerbaunya. Muhammad Syukur Khamis atau lebih lebih dikenali dengan gelaran “Kampung Boy” dan “Mowgly Malaysia” telah menjadi bualan netizen di media sosial apabila beberapa foto aksi-aksinya yang bersahaja bersama haiwan-haiwan peliharaan.

 

Nazri sulaiman merupakan antara jurufoto professional yang telah membidik aksi-aksi adik syukur sehingga memenangi anugerah “Photographer Of The Year In Asian Geographic photography Award” dan “Remarkable Award In Siena International Photography Award 2018, Italy” seterusnya mengangkat nama adik syukur khamis dan juga nama Terengganu di mata masyarakat.

 

Pada 24 Mac 2019 bersamaan 17 Rejab 1440H yang lepas, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah mengampuni pekenan menerima mengadap jurufoto Nazri sulaiman, Syukur Khamis, ibu bapa Muhammad Syukur, Azizah Mamat, 58, dan Khamis Jusoh, 68, bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Abu Hasmadi A Bakar.

 

Pada sesi tersebut, KDYMM tuanku telah berkenan mengurniakan surat penghargaan dan sumbangan kepada Nazri Sulaiman atas kejayaan menggongdol anugerah di peringkat antarabangsa yang sekaligus menyerlahkan keindahan alam di negeri Terengganu darul iman di persada dunia dengan merakamkan keindahan hubungan intim manusia dan alam.

 

Turut menerima surat penghargaan dan sumbangan daripada KDYMM Tuanku adalah adik Syukur khamis yang dikurniaankan atas bakat semulajadi serta seni yang tinggi yang bersahaja dalam hubungan antara manusia dengan haiwan sehingga menjadi contoh kepada masyarakat untuk menyayangi makhluk ciptaan Allah SWT serta menyebatikannya dengan pemuliharaan keaslian alam sekitar.