Yayasan DiRaja Sultan Mizan melalui salah satu matlamatnya, Membangun Modal Insan Berkualiti Melalui Pendidikan Dan Latihan, telah melaksanakan usaha berterusan dengan mewujudkan pertandingan pengukuhan bahasa Inggeris dan bahasa Arab Piala YDSM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Penganjuran Program Pengukuhan Bahasa Inggeris ini  telah mengjangkau tahun yang ke-10 dimana ianya masih mengekalkan tiga pertandingan utama iaitu pertandingan smart English, chorasical sketch dan chain story telling.

 

Pertandingan Smart English ialah merupakan program pertandingan melibatkan pelajar sekolah rendah secara berpasukan yang menguji tahap kemahiran asas berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan menyanyi secara terancang dan menyeronokkan.  Semenjak ianya diperkenalkan, pertandingan smart English pada tahun ini telah melakukan penambahbaikan yang ke 6. Walaupun ianya masih mengekalkan sistem 5 stesen bagi aktiviti-aktiviti impromptu atau semerta dan 1 stesen bagi persembahan pentas, akan tetapi terdapat rombakan bagi Stesen 1hingga 3. Ini semua dilakukan hasil daripada sesi percambahan fikiran para Jurulatih Utama pertandingan. Pandangan dan suara para guru yang berada di akar umbi juga diambil kira dalam membentuk aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan demi memastikan ianya tidak bersifat “stereotype”. Maka dengan itu terhasil lah perubahan yang ketara bagi aktiviti bagi Stesen 1,2 dan 3. Akan tetapi setiap aktiviti yang telah dibentuk bagi stesen-stesen terbabit masih mengekalkan prinsip asas kesaksamaan yang sangat ditekankan iaitu memberi hak dan peluang kepada setiap pelajar negeri Terengganu yang terdiri daripada murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka.  Cabaran bagi setiap aktiviti di dalam stesen 1 hingga 3 telah dipertingkatkan lagi agar bertepatan dengan prestasi pelajar yang semakin meningkat saban tahun agar ianya dapat membentuk kebolehan, sikap dan minat demi mencapai aspirasi murid abad ke  21 yang mempunyai kemahiran berikir aras tinggi (KBAT) yang mempamerkan pemikiran  lebih kreatif dan kritis di dalam setiap cabaran, seperti yang telah dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

 

Pertandingan choralsical sketch masih mengekalkan jumlah peserta pertandingan seramai 35 orang pelajar terdiri daripada  Tingkatan 1 hingga 5 dari pelbagai aras kemahiran iaitu dari cemerlang hingga yang paling lemah dengan pimpinan seorang ketua yang dilantik dikalangan mereka. Ianya melibatkan 4 segmen iaitu percakapan, nyanyian, lakonan dan pertandingan mengeja. Semua persembahan dihasilkan secara vocal tanpa bantuan sebarang alatan audio visual. Bagi pertandingan ini pergerakan secara kreatif serta menggunakan ruang pentas dengan maksimum diberi keutamaan, sebaliknya pergerakkan fizikal dan penghasilan suara yang agresif tidak digalakkan. Pada tahun ini, terdapat penambahbaikan dibuat dengan memasukkan elemen baru iaitu Tail To Head di mana peserta perlu menyebut dan mengeja perkataan baharu yang bermula dengan huruf terakhir dalam perkataan yang diberi oleh hakim. Elemen yang berbentuk cabaran ini dimasukkan dalam pertandingan untuk menguji kecekapan dan perbendaharaan kata peserta. Dari segi prestasi persembahan peserta pula, mereka telah menampakkan kematangan. Peserta lebih bersedia dan bersemangat untuk membuat persembahan dan mempamerkan luahan perasaan mereka melalui karya masing-masing.

 

Pertandingan Chain Storytelling mula diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan  untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah Negeri Terengganu. Pertandingan dirangka bagi membina keyakinan pelajar untuk menyampaikan hasrat dan rasa dalam Bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris yang deskriptif, expresi bahasa yang menarik, autentik dan kreatif. Selepas 5 tahun pertandingan ini diperkenalkan, boleh dilihat kecenderungan para pelajar memberi komitmen latihan yang penuh untuk menang, dan sudah semestinya proses ini dapat memperkemaskan  penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Pelajar perlu memilih perbendahahaan kata dan expresi bahasa yang tepat untuk menjadikan penceritaan mereka efektif dan menangkap imaginasi penonton. Selain itu, pertandingan juga meningkat kemahiran mendengar pelajar dan memupuk penulisan kreatif. Ia juga menguji tahap kematangan dan kebolehan berjenaka secara pintar di kalangan pelajar. pasukan pencerita yang memberikan cerita yang matang dan ada unsur hiburan mempunyai kelebihan untuk menang. Pada tahun ini, seramai 544 orang pelajar daripada 34 buah sekolah menengah Negeri Terengganu telah mengambil bahagian. Peserta-peserta pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan diri, kematangan bercerita dan  mempunyai sikap kompetitif yang akhirnya membawa kepada kesempurnaan berbahasa Inggeris.

 

Pertandingan Chain Storytelling mula diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan  untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah Negeri Terengganu. Pertandingan dirangka bagi membina keyakinan pelajar untuk menyampaikan hasrat dan rasa dalam Bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris yang deskriptif, expresi bahasa yang menarik, autentik dan kreatif. Selepas 5 tahun pertandingan ini diperkenalkan, boleh dilihat kecenderungan para pelajar memberi komitmen latihan yang penuh untuk menang, dan sudah semestinya proses ini dapat memperkemaskan  penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Pelajar perlu memilih perbendahahaan kata dan expresi bahasa yang tepat untuk menjadikan penceritaan mereka efektif dan menangkap imaginasi penonton. Selain itu, pertandingan juga meningkat kemahiran mendengar pelajar dan memupuk penulisan kreatif. Ia juga menguji tahap kematangan dan kebolehan berjenaka secara pintar di kalangan pelajar. pasukan pencerita yang memberikan cerita yang matang dan ada unsur hiburan mempunyai kelebihan untuk menang. Pada tahun ini, seramai 544 orang pelajar daripada 34 buah sekolah menengah Negeri Terengganu telah mengambil bahagian. Peserta-peserta pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan diri, kematangan bercerita dan  mempunyai sikap kompetitif yang akhirnya membawa kepada kesempurnaan berbahasa Inggeris.

 

 

Bagi program pengukuhan bahasa arab pula, ianya telah bermula sejak tahun 2012 dan telah menjangkau tahun ke-8 penganjurannya. Secara dasarnya bagi bahasa Arab, ianya melibatkan pertandingan Kalam Jama’ie dan Dikir Arab.  Kalam Jama’ie ialah satu pertandingan yang melibatkan pelbagai kemahiran asas berbahasa seperti mendengar, bertutur dan membacasecara menyeronokkan.

 

Setelah lapan tahun pelaksanaan, kalam jama’ie telah melalui dua fasa perubahan demi memastikan ia sentiasa relevan dan memenuhi kehendak dan citarasa bersesuaian dengan objektif program. Perubahan ini dilakukan demi meningkatkan kualiti pertandingan selaras dengan nilai dan martabat program yang dinaungi oleh YDSM.

 

Kalam Jama’ie merupakan satu persembahan berkumpulan yang terdiri daripada 31 orang peserta.Ianya dikonduk oleh seorang konduktor yang berperanan untuk memberi arahan kepada kumpulan tersebut untuk bersuara dan mempamerkan gerakan secara terancang, seragam, kemas dan menarik.Persembahan ini turut melibatkan gabungan pelbagai jenis suara ahli secara individu atau berkumpulan bagi menghasilkan satu gabungan suara yang harmoni dan dinamik.

 

Bagi pertandingan Dikir Arab, ianya adalah satu program pembudayaan Bahasa Arab melalui kaedah bertutur dalam berhibur yang menyeronokkan. Satu pasukan terdiri daripada 25 orang yang terdiri dari seorang jogho, seorang tukang karut, awok-awok serta pemain muzik, setiap sekolah menghantar satu pasukan (lelaki sahaja).Penyertaan adalah terbuka kepada semua Sekolah Menengah Agama, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Imtiaz dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

 

Kedua-dua pertandingan ini di olah dan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan bagi menggalakkan penyertaan sekaligus menambahkan keterujaan pelajar untuk berusaha yang terbaik selain membantu meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Arab di kalangan pelajar. Ianya diyakini dapat membantu membina keyakinan diri dan kesungguhan pelajar untuk menghafaz, bercakap dan menyatakan perasaan di khalayak ramai dengan menggunakan Bahasa Arab.

 

Pertandingan Akhir Piala YDSM 2019

 

Tahun 2019 merupakan tahun yang paling bermakna dalam sejarah pengangjurannya. Ini kerana KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu telah mengampuni pekenan berangkat bagi menyaksikan sendiri pertandingan akhir yang di jalankan.

 

Pertandingan akhir yang telah diadakn pada 14 April 2019 itu melibatkan dua venue utama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. KDYMM Tuanku yang tiba pada jam 10.00 pagi telah menyaksikan kesemua pertandingan  akhir – Kalam Jama’ie dan Dikir Arab di Dewan Besar SMK Kompleks Mengabang Telipot, Chorasical Sketch di Dewan Al-Farabi, Chain Story Telling di Dewan Ungku Omar dan Smart English di TELTraC Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

 

Turut hadir mengiri KDYMM Tuanku menyaksikan pertandingan adalah Yang Berbahagia Dato’ Profesor Emeritus Dr. Abdul Rahman bin Haji Embong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Yayasan juga turut  mengundang Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Nasional yang dilantik oleh YB Menteri Pendidikan serta beberapa orang profesor pakar bidang pendidikan dari UKM untuk menyaksikan semua acara pertandingan. Semasa berkongsi pendapat, Timbalan Pengerusinya, Profesor Madya Madeline Berma menyatakan bahawa mereka diberi mandat  oleh YB Menteri untuk memulihkan tiga perkara dalam sistem pendidikan: iaitu Keriangan dalam belajar; Penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri; serta Nilai-Nilai dan usaha pembinaan Jatidiri. Dan mereka mengakui bahawa ketiga-tiga unsur penting ini dapat disaksikan dengan jelas dalam acara-acara pertandingan Piala YDSM.

 

Pertandingan akhir tersebut telah nilai oleh para hakim setiap pertandingan dan diketuai oleh Profesor Madya Dr. Noraini Md Yusof daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Pertandingan Bahasa Inggeris dan Tuan Haji Wan Ismail Wan Abdullah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Keputusan pertandingan akhir Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019 adalah seperti berikut :

 

  1. PERTANDINGAN SMART ENGLISH
Johan SK Puterajaya, Setiu
Naib Johan SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
Tempat Ketiga SK Sultan Ismail, Kemaman
Pelaku Terbaik (Best Performers) i.           Wan Muhammad Yusuf B. Wan Roslan

SK Paka, Dungun

 

ii.         Mohamad Amerul Haikal B. Mohamad Hafiz

SK Paka, Dungun

Persembahan Terbaik SK Sultan Sulaiman 1
Young Smart Reader Award Nadzratul Insyirah Binti Mohd Nazomi

SK Paka 3

Young Aspiring Reader Award Hanna Sufia Binti Md Zabar Noor

SK Sultan Omar, Dungun

 

  1. PERTANDINGAN CHORASICAL SKETCH
Johan SMK Menerong, Hulu Terengganu
Naib Johan SMK Sultan Ismail 2,Kemaman
Tempat Ketiga SMK Bukit Tunggal, Kuala Nerus
Best Script SMK Menerong, Hulu Terengganu
Best Conductor Ahmad Naqiuddin Bin Zamri

SMK Sultan Ismail 2 , Kemaman

Best Performer (Male) Muhammad Amirul Bin Mohd Rahami

SMK Menerong, Hulu Terengganu

Best Performer (Female) Nur Syafiqa Binti Mohd Sapli

SMK Sultan Ismail 2 , Kemaman

 

  • PERTANDINGAN CHAIN STORY TELLING
Johan SMK Mak Lagam,Kemaman
Naib Johan SMK Sultan Ismail,Kemaman
Tempat Ketiga MRSM Kuala Terengganu
MRSM Kota Putra, Besut
Best Story Teller Umar Muzakki Bin Zulkifli

SMK Mak Lagam

Best Moderator

 

Wan Muhammad Fadzli Bin Wan Amir Nizam

SM Imtiaz Dungun

 

  1. PERTANDINGAN KALAM JAMA’IE
Johan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, K.Trg
Naib Johan SMKA Dato’ Haji Abbas, K. Nerus
Tempat Ketiga SMA Maarif, Besut
Konduktor Terbaik Mohd Fikrihaikal Bin Muzahar
Skrip Terbaik SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, K.Trg
Sketsa Terbaik SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut

 

  1. PERTANDINGAN DIKIR ARAB
Johan SMA Ittifakiah, Besut
Naib Johan SMKA Wataniah, Besut
Tempat Ketiga SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, K.Trg
Sketsa Terbaik

 

SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut, Besut
Awok-Awok Terbaik SMKA Wataniah, Besut
Skrip Terbaik SMA Ittifakiah, Besut

 

 

Majlis Pengurniaan Hadiah Piala YDSM

Majlis Pegurniaan Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan  bagi tahun ini telah diadakan pada 18 April 2019 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis yang diserikan dengan keberangkatan KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Pengerusi YDSM dan Sultanah Nur Zahirah, telah dihadiri hampir seribu hadirin yang terdiri daripada para pembesar negeri, ketua-ketua jabatan, para guru dan pelajar sekolah. Antara jemputan kenamaan yang hadir adalah YAB Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar serta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM.

 

Majlis bermula dengan persembahan multimedia serta ucapan YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman bin Haji Embong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Piala YDSM. Dalam ucapan tersebut, beliau  turut berkongsi maklumat berkaitan program antaranya penglibatan seramai 115,000 pelajar dalam pertandingan sejak awal penganjuran pertandingan dengan peruntukan yang mencecah kira-kira 7.5 juta bagi tempoh 10 tahun. Dalam majlis tersebut juga, Ketua Panel Hakim, Prof. Madya Dr, Noraini Md Yusof turut mengemukakan laporan pertandingan dan mengumumkan keputusan pertandingan Pengukuhan Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab 2019.

KDYMM Tuanku turut mencemar duli mengurniakan sijil penghargaan kepada  para hakim pertandingan dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Sempena 10 tahun program Piala YDSM ini juga, hadirin disajikan dengan Persembahan Khas bertemakan “Citra Dwi Kencana – Terima Kasih YDSM” oleh gabungan seramai 80 orang murid sekolah menengah dan sekolah rendah negeri Terengganu.  Persembahan yang diilhamkan oleh Tuan Haji Mustafa bin Mohd selaku ketua Jurulatih tersebut telah mengabungkan beberapa elemen antaranya tarian asli, “action song” (Bahasa Inggeris), alabaladi dan dikir 3D (Bahasa Arab).