Tanggal 27 sehingga 29 Mac 2019 yang lalu, YDSM telah mengadakan Hari Keluarga buat kali ketiga bertempat di Avilion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tersebut turut melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan warga kerja YDSM bersama keluarga masing-masing yang seterusnya menjadikan suasana lebih meriah.

 

Ianya merupakan landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan YDSM dan ahli keluarganya. Ianya juga secara tidak langsung melahirkan sikap prihatin, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian disamping dapat merehatkan minda. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada anggota YDSM untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

 

Program selama 3 hari 2 malam diserikan dengan pengisian beberapa aktiviti yang menarik. Antaranya adalah lawatan di sekitar Port Dikcson. Antaranya, lawatan ke Auditorium Muzium Tentera Darat Port Dickson yang memberi inspirasi dan pengetahuan tentang persejarahan Malaysia, PD Ostrich Show Farm, Upside Down Port Dickson (Rumah Terbalik), Alive 3D Art Gallery dan makan malam di restoran Steamboat & BBQ Port Dickson.

 

Pada hari terakhir, aktiviti sukaneka diadakan dengan melibatkan penyertaan semua. Aktiviti ini dilangsungkan di Pantai Riau yang berhampiran dengan tempat penginapan yang diadakan dalam suasana santai tapi meriah. Antara sukaneka  tersebut ialah The Longest Line, Throw & Catch, Dadu-Dice Race, Geisha Girl dan Holla Hoop Chain serta penyampaian cenderhati kepada setiap keluarga.

 

Semoga sambutan hari keluarga ini diharap dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara warga YDSM dan keluarga masing-masing.