BIODATA TUAN HAJI AZRI SANI BIN DATO’ MAZLAN

Tuan haji Azri dilahirkan pada tahun 1971 dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Terengganu.

 

Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan di peringkat Ijazah Undang-Undang di University Of Wales, Aberystwyth, United Kingdom, kemudian beliau mengambil kursus professional dalam bidang peguamcara iaitu LLB (Hons) Wales dan Barrister at law, (Gray’s), Inns of Court, London.

 

Pada tahun 2015, beliau telah menerima anugerah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

 

Beliau kini merupakan pengasas bersama Tetuan Azri Lee Swee Seng & Co Firma Peguambela & Penguamcara.

 

Selain itu, beliau telah terlibat secara langsung di dalam penubuhan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). Penubuhan YDSM adalah merupakan cetusan idea dan titah  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan pada tahun 2004. Beliau juga bertanggungjawab merangka memorandum dan artikel pertubuhan YDSM sehinggalah pemerolehan kelulusan oleh YB Menteri bagi tertubuhnya YDSM pada bulan Mei 2005.

 

Selain daripada memegang jawatan Setiausaha Syarikat/Lembaga di dalam YDSM, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa di dalam jawatankuasa kecil YDSM iaitu Jawatankuasa Skuad Sukarelawan YDSM (SUDY) sebagai pengerusi, Jawatankuasa Kewangan YDSM (ahli), Jawatankuasa Seni Kraf Warisan YDSM (ahli), Jawatankuasa Prasarana YDSM (ahli), Jawatankuasa Penambahan Dana YDSM (ahli), Jawatankuasa Agihan Zakat YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Biasiswa YDSM (ahli), Jawatankuasa KESUMA YDSM (Klinik Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat) (ahli), Jawatankuasa Penerbitan YDSM (ahli), Jawatankuasa Pemasaran Galeri YDSM (ahli), Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Agihan Bubur Lambuk YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Kem Remaja Harapan YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Ibadah Qurban YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Bantuan Banjir YDSM (ahli), Jawatankuasa Usahawan Produk Berasaskan Madu Kelulut tajaan ExxonMobil YDSM (ahli) dan Jawatankuasa Program Memperkasakan Sosioekonomi Keluarga Nelayan Terengganu YDSM sebagai ahli.

 

Di samping itu, beliau adalah merupakan seorang yang amat aktif di dalam membantu menjayakan aktiviti-aktiviti amal/kemasyarakatan di bawah YDSM dan Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah Koperasi Persatuan Anak-Anak Terengganu (KOPESAT).

 

 

BIODATA TUAN HAJI AZIZULRAHIM BIN AHMAD ZAMBRI

Tuan Haji Azizulrahim membesar dan mendapatkan pendidikan sepenuhnya di Terengganu Darul Iman di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah) dan seterusnya melanjutkan pengajiaan di Sekolah Menengah Sri Muar, Muar, Johor.

 

Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan di peringkat Diploma di Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan kemudian beliau mengambil kursus professional dalam bidang perbankan iaitu Certified Credit Profesionals (CCP) Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM).

 

Pada tahun 2005, beliau telah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

 

Seterusnya pada tahun 2015, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menganugerahkan beliau Bintang Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z).

 

Beliau kini aktif menjalankan urusan perniagaan dalam bidang pembinaan dan mempengerusikan beberapa syarikat perniagaan yang menfokuskan kerja-kerja pembekalan dan industry hiliran di Kuala Terengganu. Pada masa yang sama, beliau aktif dalam pelbagai program diperingkat YDSM dengan menganggotai pelbagai jawatankuasa disamping aktif bersama pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri).

 

Selain itu, Tuan Haji Azizulrahim sudah banyak melibatkan diri bersama YDSM sehingga kini beliau memegang beberapa jawatan program di YDSM iaitu Jawatankuasa Agihan Zakat YDSM (ahli), Jawatankuasa Penambahan  Dana YDSM (ahli), Jawatankuasa  Skuad Sukarelawan YDSM (SUDY) (ahli), Jawatankuasa Seni Kraf Warisan YDSM (ahli), Jawatankuasa Pemasaran Galeri YDSM (ahli), Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Agihan Bubur Lambuk YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Kem Remaja Harapan YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Ibadah Qurban YDSM (ahli), Jawatankuasa Program Bantuan Banjir YDSM (ahli), Jawatankuasa Usahawan Produk Berasaskan Madu Kelulut tajaan ExxonMobil YDSM (ahli), jawatankuasa Program Memperkasakan Sosioekonomi Keluarga Nelayan Terengganu Yayasan DiRaja Sultan Mizan (Perusahaan Produk Berasaskan Sumber Laut) tajaan Repsol Malaysia sebagai ahli, dan jawatankuasa KESUMA (Klinik Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat) juga sebagai ahli.

 

Beliau juga merupakan seorang yang aktif di dalam membantu YDSM dalam mendapatkan dana dan sebahagian daripada sumbangan-sumbangan yang disalur/diterima oleh YDSM adalah inisiatif dan usaha oleh beliau.