Tanggal 31 Mei 2018 merupakan detik bersejarah apabila pasukan Kubest Smart Innovation daripada SMK Kuala Besut, Terengganu  yang melakili Malaysia dalam Third International Conference on Human Resource Development for Nuclear Power Programmes: Meeting Challenges to Ensure the Future Nuclear Workforce Capability – International Student Competition telah di nobatkan sebagai juara dunia.

 

Pasukan yang di anggotai oleh 3 orang pelajar ini dan dibimbing oleh 3 orang guru tersebut menewaskan peserta dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea. Lebih mengejutkan adalah pelajar terbabit, Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16, merupakan pelajar sekolah harian biasa.

 

Pasukan yang mewakili Malaysia ini ditubuhkan di bawah Projek Unit Inovasi SMK Kuala Besut diketuai Ketua Bidang Sians Matematik sekolah, Faizul Abd Raman dibantu guru penyelaras projek, Wan Zul Azri Wan Mohd  Shatar  dan seorang lagi guru, Rohaya Husin.

 

Kejayaan mengharumkan nama Malaysia khususnya negeri Terengganu telah mendapat perhatian KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Lebih membanggakan apabila semua pelajar terbabit pernah menyertai Pertandingan Pengukuhan Bahasa Inggeris Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

 

SMK Kuala Besut pernah menjadi johan Pertandingan Chorasical Sketch Peringkat Negeri pada tahun  2014 dan 2015 serta naib johan pada tahun 2016 . Mohd Anuar Ab. Ghani  juga pernah menyandang Best Conductor bagi pertandingan Chorasical Skecth pada tahun 2016.

 

Berdasarkan kejayaan tersebut, KDYMM Sultan Mizan telah mengampuni perkenan mengurniakan saguhati kepada semua pelajar dan guru pembimbing pasukan tersebut pada 1 Ogos 2018 di Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kejayaan yang membanggakan tersebut membuktikan bahawa usaha berterusan daripada YDSM dalam pembangunan pendidikan pelajar merupakan salah satu pemangkin kejayaan pejalat khususnya para pelajar di Negeri Terengganu.