Kejadian bencana alam terutamanya banjir merupakan musibah yang harus diuruskan secara cekap dan berkesan oleh semua pihak. Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah merupakan antara pihak yang melaksanakan Program Bantuan Banjir kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Daerah di Terengganu sejak beberapa tahun yang lalu.

Program ini juga adalah sejajar dengan objektif dan matlamat YDSM yang pada dasarnya adalah untuk mempertingkat dan memperkasakan sosio ekonomi rakyat Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia secara keseluruhannya melalui pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan yang diberikan tanpa mengira agama, ideologi dan sebagainya.

Pada tahun 2017, YDSM telah menggerakan bantuan berkenaan ke daerah yang terjejas teruk akibat banjir antaranya daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Dengan adanya bantuan berkenaan, ianya sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka akibat musibah tersebut. Antara keperluan yang diagihkan adalah kit barangan keperluan harian seperti tikar, kain selimut, set mandian, makanan dan minuman.

Pada tahun 2017, YDSM telah telah memperuntukan sejumlah RM150, 000.00 bagi urusan penyediaan bantuan tersebut.