Apabila mengkaji sejarah kesultanan Terengganu, nama Sultan Baginda Omar, Sultan Terengganu yang kesembilan, muncul sebagai seorang raja yang hebat, memerintah negeri Terengganu dari tahun 1839 hingga 1876, iaitu selama hampir empat dekad. Baginda Omar (1806-1876) bukan sahaja seorang pembangun pemodenan pentadbiran negeri dan pendokong perkembangan perdagangan dan industri negeri Terengganu sehingga Terengganu diberi jolokan oleh pegawai British sebagai “The Birmingham of the Malay Peninsula.” Bahkan Baginda juga seorang diplomat yang pintar, yang memahami perubahan geopolitik akibat kehadiran kuasa British di Tanah Melayu dan implikasinya ke atas kedaulatan negeri-negeri Melayu termasuk Terengganu. Hakikat ini terbukti dalam sejumlah warkah diraja yang dinukilkan oleh Baginda Omar pada masa itu yang tersimpan dengan rapi di Arkib Negara Malaysia.

 

Menyedari pentingnya peranan Baginda Omar, YDSM telah melantik Encik Raimy Che’-Ross, seorang pengkaji yang tekun dan tajam penelitiannya untuk menjalankan penyelidikan dan menghasilkan buku mengenai warkah diraja Baginda Omar.

 

Berkat kegigihan beliau serta bimbingan Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan YDSM yang diketuai oleh Dato’ Profesor Emeritus Dr. Abdul Rahman Haji Embong, dan kerjasama erat yang yang diberikan oleh Arkib Negara Malaysia yang memberikan akses sepenuhnya kepada koleksi warkah Baginda Omar tersebut, Encik Raimy telah berjaya menghasilkan buku The Royal Letters of Baginda Omar dalam dua jilid. Jilid pertama telah dilancarkan di Kuala Terengganu oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Pengerusi YDSM pada Oktober 2015 bersempena ulang tahun ke-10 penubuhan YDSM manakala Jilid II dilancarkan di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur pada 6 Disember 2017.

 

Buku ini mempersembahkan sebuah kajian menyeluruh terhadap koleksi nadir warkah-warkah manuskrip dari zaman pemerintahan Baginda Omar, Sultan Terengganu Darul Iman IX. Ia termasuklah suratan rasmi berbahasa Melayu dan Bertulisan Jawi daripada para gabenur dan residen British, Antaranya Butterworth, Blundell, Church dan Mackenzie, selain surat peribadi daripada Baginda Sultan Kelantan dan Sultan Riau-Lingga, dan juga para Bendahara Pahang dan Temenggong Johor. Salinan asal kesemua surat-surat ini kini terpelihara dengan baik dan rapi di bawah tajuk fail ‘ANM SP 6 Surat-Surat Persendirian Baginda Omar’.

 

Pelancaran buku The Royal Letters of Baginda Omar Volume II telah disempurnakan oleh Datuk Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan To’ Puan serta Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan, Setiausaha Syarikat YDSM serta kira-kira 100 orang hadirin yang terdiri daripada pengkaji dan peminat sejarah bersama-sama dengan warga kerja ANM.

 

Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu, Dato’ Profesor Emeritus Dr. Abdul Rahman bin Haji Embong atas nama YDSM mengucapkan tahniah hangat kepada Encik Raimy Che’-Ross atas usaha beliau yang tidak kenal penat lelah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia atas pelbagai kemudahan yang diberikan bagi menjayakan penyelidikan dan penebritan bukunya sehingga akhirnya bersamasama menganjurkan majlis pelancarannya. Dato’ Rahman juga menyampaikan setinggitinggi terima kasih atas budi baik Profesor Anthony Milner, tokoh sejarawan tersohor mengenai Alam Melayu kerana telah menulis Kata Pengantar untuk buku The Royal Letters of Baginda Omar dan juga menyampaikan ucaputama pada majlis bicara buku .

 

Sementara itu, Datuk Azemi Abdul Aziz dalam ucapan pelancarannya berkata, koleksi Surat Persendirian Baginda Omar merupakan antara koleksi surat persendirian yang terawal terdapat dalam simpanan Arkib Negara Malaysia. Koleksi warkah-warkah diraja Baginda Omar merupakan koleksi Suratsurat diraja kurun ke-19 yang julung kalinya dibukukan.

 

‘Saya difahamkan bahawa Encik Raimy Che’Ross telah menjalankan kajian selama 15 tahun terhadap koleksi Warkah-warkah Baginda Omar ini. Syabas dan tahniah kepada Encik Raimy Che’Ross atas penghasilan dan penerbitan buku The Royal Letters of Baginda Omar’, tambah beliau.

 

Sejurus selesai pelancaran buku, majlis diteruskan dengan bicara bahan, menampilkan Profesor Anthony Milner yang berkongsi  tentang nilai dan kepentingan SEJARAH buku The Royal Letters of Baginda Omar. Ia disusli oleh Encik Raimy Che’-Ross yang berkongsi pengalaman beliau dalam usaha menjalankan penyelidikan di ANM bagi menghasilkan buku ini. Selesai ucapan mereka, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab daripada para hadirin.

 

YDSM amat gembira kerana majlis ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para hadirin yang mengajukan pelbagai soalan semasa sesi soal jawab. Ramai para sejarawan, penerbit buku, penjual buku dan peminat sejarah mengajukan soalansoalan yang berkaitan buku ini dan telah dijawab oleh Encik Raimy Che’-Ross dan Profesor AnthonyMilner.

 

Sejumlah hadirin yang berminat telah membeli buku The Royal Letters of Baginda Omar pada majlis tersebut manakala ada juga yang membuat tempahan. YDSM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Arkib Negara Malaysia yang telah menyediakan tempat dan bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.

 

Kepada semua yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah membuat tempahan atau pembelian secara terus di Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu dan di Galeri Yayasan DiRaja Sultan Mizan, di Tingkat 1, Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Pembayaran terus juga boleh dibuat menerusi akaun Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Kuala Terengganu), No. Akaun: 13017010077730. Sila hubungi pejabat YDSM di talian 09-6251131/09-6261131 untuk maklumat lanjut.