YDSM terus tekad dalam menggerakan usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat khasnya di Negeri Terengganu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan kemasyarakatan. Antara program sedemikian ialah Seni Kraf Warisan, Penghasilan Madu Kelulut dan Pembuatan Pastri.

 

Pada tahun ini, YDSM melahirkan seramai 61 orang graduan yang berjaya menamatkan kursus dalam ketiga-tiga bidang berkenaan dengan cemerlang. Sehubungan dengan itu, YDSM menganjurkan Majlis Graduasi untuk para pelatih dan peserta bagi ketiga-tiga bidang berkenaan pada 28 November 2017, bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Majlis tersebut merupakan tanda khas YDSM merai dan menghargai usaha, kerjasama dan komitmen para pelatih dan peserta selama ini serta mentor atau jurulatih masing-masing.

 

Dalam majlis tersebut, YDSM turut menganugerahkan gelaran “Pelatih  Terbaik” bagi setiap bidang kursus dengan membawa pulang wang saguhati berjumlah RM500, plat penghargaan, sejambak bunga dan sijil. Manakala lain-lain peserta  membawa pulang sejambak bunga dan sijil yang disampaikan oleh Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM selaku Pengerusi Jawatankuasa Program.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Haji Mohd Fadzli turut berpesan agar para graduan sentiasa peka dengan kehendak pasaran dan sentiasa berdaya saing bagi memajukan diri masing-masing.

 

“Adalah menjadi harapan besar YDSM agar semua para pelatih dan peserta memperolehi manfaat sebanyak mungkin sepanjang kursus dan seterusnya mampu menempatkan diri dalam bidang keusahawanan diluar sana. Jangan mudah berputus asa dan gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya. Perbaiki apa yang silap dan tambah apa yang kurang”.

 

Bagi penerima anugerah Pelatih Terbaik bagi Kursus Pembuatan Pastri Tahap 2, Nurul Fatihah binti Zahid beliau tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan dan dalam pada masa yang sama melahirkan syukur kerana berjaya menamatkan kursus berkenaan dengan cemerlang.

 

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas anugerah ini dan terima kasih kepada pihak YDSM kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai bidang yang saya minati ini. Tidak dilupakan juga buat kedua ibu bapa dan keluarga serta rakan-rakan sepelatih yang banyak memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang kursus tersebut”. Anugerah yang diterima ini akan menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada saya untuk terus berusaha diluar sana”. katanya ketika ditemubual oleh wakil TINTA semasa majlis berkenaan.

 

Sebagai makluman, Program Seni Kraf Warisan YDSM telah dimulakan sejak tahun 2008 yang merupakan usaha YDSM untuk memulihara, memelihara dan mengekalkan seni warisan  Negeri Terengganu. Sehingga  kini, ianya telah memasuki siri / kumpulan keenam bagi sesi 2016/2017 dan telah melahirkanlebih 150 orang pelatih/pelajar dalam pelbagai bidang seni

kraf warisan – antaranya ukiran kayu, pertukangan senjata, pertukangan emas, mencanting batik dan hiasan bunga. Program ini dikendalikan berkonsepkan mentor menti selama 18 bulan dengan elaun bulanan diberikan kepada pelatih.

 

Manakala Program Usahawan Produk Madu Kelulut pula merupakan program baharu yang dilaksanakan oleh YDSM. Dahulunya YDSM dengan tajaan pihak ExxonMobil melaksanakan Kursus Usahatani Cendawan YDSM sejak tahun 2009. Namun, pada tahun ini atas persetujuan bersama pihakpihak yang terlibat, Program Usahawan Produk Madu Kelulut diadakan bagi mempelbagaikan program dibawah tajaan pihak ExxonMobil. Hasilnya, Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut telah selesai dijalankan pada 18-20 September yang lalu  bertempat di Taman Pertanian  Sekayu, Hulu Terengganu dengan penglibatan kira-kira 26 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan beliawanis seluruh Terengganu.

 

Kursus Pembuatan Pastri Tahap 2 merupakan satu kursus yang dijalankan dengan kerjasama pihak Ziq Bakery yang memfokuskan kepada matlamat untuk memperkasakan sosio  ekonomi rakyat Terengganu  Graduan Program Usahawan Produk Madu Kelulut YDSM Graduands of the Stingless Bee Honey Production Programme  khususnya bagi golongan belia dan beliawanis. Para pelatih/ pelajar menjalani kursus ini selama enam (6) bulan bermula pada pertengahan bulan Mei yang lalu sehingga pertengahan bulan November  baru-baru ini di Akademi Ziq Bakery di Gong Badak dengan ilmunya dicurahkan melalui dua kaedah iaitu secara teori dan amali. Manakala elaun bulanan turut disediakan.