Program Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat (KESUMA) YDSM 2016

Klinik Khidmat Nasihat Guaman Masyarakat (KESUMA) YDSM telah melancarkan Program klinik kesedaran undang-undang dan khidmat nasihat guaman telah di Daerah Marang pada 22 dan 23 Julai 2016 yang lalu bertempat di pekarangan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang.
Seramai lebih 700 orang terdiri daripada masyarakat setempat dan para pelajar sekolah sekitar daerah Marang hadir bagi memeriahkan program.
Majlis pelancaran yang telah berlangsung pada malam 22 Julai, 2016 telah dirasmikan oleh YB Encik A Latiff bin Awang selaku Pengerusi Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri yang juga ADUN Pengkalan Berangan. Sempena Majlis pelancaran itu, forum perdana bertemakan “Halal Itu Fardhu” telah diadakan dengan penampilan tokoh ulama Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, Ustaz Firdaus Jaafar dari Yayasan Muqni dan Ustaz Dr. Sukki Othman, seorang pendakwah bebas. Seramai hampir seribu orang tetamu telah menghadhiri forum perdana tersebut.
Dalam ucapan alu-aluannya semasa Majlis Pelancaran, Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program KESUMA menyatakan matlamat KESUMA adalah memberi kesedaran tentang hak undang-undang kepada anggota masyarakat, terutamanya golongan miskin serta menyediakan khdimat nasihat berkaitan undang-undang untuk mereka. YB Encik A Latiff bin Awang menucapkan terima kasih kepada YDSM kerana memilih Daerah Marang untuk Program KESUMA kali ini dan menyeru penduduk setempat supaya menggunakan sepenuhnya khidmat KESUMA yang disediakan ini. Beliau juga memuji usaha yang diambil oleh YDSM dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri di atas inisiatif murni ini bagi membantu rakyat susah yang tidak mengetahui bagaimana untuk mememperolehi khidmat nasihat undang-undang.
Selesai sesi perasmian, Encik Wan Mohd Haidi, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat mengenai Program yang diadakan, disusuli dengan permulaan klinik kesedaran undang-undang dan khidmat nasihat melalui enam (6) kaunter yang disediakan. Selain itu kaunter derma darah turut di buka bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Program berakhir pada jam 2.30 petang dan menurut Jawatankuasa Peguam Negeri pihaknya telah dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapat penjelasan dan nasihat undang-undang berkaitan masaalah kekeluargaan seperti percerain, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak-anak dan pembahagian harta pusaka. Daripada pelbagai pertanyaan itu, lebih 50 yang layak didaftar sebagi kes oleh pihak Jawatankuasa Peguam Negeri.
Antara masyarakat yang ditemui menyatakan bahawa program seumpama ini harus dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi kesedaran berkaitan undang-undang dan saluran bagi menyelesaikan kes kepada penduduk setempat terutama kepada golongan berpendapatan rendah.