Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri YDSM telah berlangsung pada hari Khamis 21 Julai 2016 bersamaan 16 Syawal 1437  Hijrah bertempat di halaman pejabat YDSM di Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Majlis ini merupakan Majlis Sambutan Hari Raya YDSM yang keenam semenjak ianya dilancarkan.

KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, selaku Pengerusi YDSM telah mencemar duli berangkat ke Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri ini. Lebih 1000 orangtetamu turut hadir untuk meraikan Majlis tersebut. Kebanyakan mereka adalah para pegawai pelbagai Jabatan
dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para guru dan ahli-ahli akademik yang terlibat dengan pelbagai
program dan projek YDSM. Juga turut bersama meraikan Majlis ini ialah wakil-wakil badan NGO tempatan serta
institusi kewangan. Selain itu Majlis dimeriahkan juga dengan kehadiran para tetamu jemputan dan orang ramai.

Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan oleh beberapa penyaji makanan yang dipilih khas. Penyaji makanan ini merupakan para pengusaha yang menerima pelbagai bantuan di bawah projek kemasyarakatan YDSM termasuk Pengusahaniaga Mikro, Usahatani Cendawan serta penerima-penerima Bantuan Zakat Perniagaan YDSM yang lain. Pada majlis jamuan Hari Raya kali ini sebanyak sepuluh buah gerai disediakan untuk pengusahapengusaha berkenaan menyajikan sajian masingmasing termasuk beraneka pencuci mulut tradisi. Sebuah gerai khas telah disediakan untuk pihak Kenyir Elephant & Conservation Village (KECV) mempamer sertamempromosikan produk pelancongan mereka.

Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

KDYMM Tuanku juga berkenan berangkat mengunjungi gerai-gerai pengusaha YDSM terbabit dan bersalaman dengan mereka sambil beramah mesra. Antara sajian yang dipersembahkan termasuklah hasil cendawan
seperti cendawan goreng, sos cendawan, tepung cendawan serta sup cendawan. Juga terdapat keropok lekor, kerepek pisang, sate ikan, mee goreng, nasi kerabu dan kuih muih Terengganu yang lain. KDYMM Tuanku sempat bersantap beberapa jenis kuih muih ketika berkunjung ke gerai-gerai tersebut.

Selain itu, turut dipamerkan hasil jahitan pakain yang diusahakan oleh pesertapeserta Program Jahitan
Berkelompok YDSM. Program ini hasil kerjasama YDSM dengan Accounting Research Institute (ARI) UiTM dan Mydin Holdings. Pakaian yang dihasilkan ini dipasarkan melalui kumpulan pasaraya Mydin.

Majlis turut diserikan dengan alunan lagu-lagu yang diputarkan khas oleh Unit Komunikasi (UKOM) Terengganu. Semua tetamu terhibur sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan dengan perasaan gembiradengan suasana Majlis yang begitu meriah.

Sesungguhnya Majlis Mesra Aidilfitri YDSM ini merupakan pentas bagi YDSM memperlihat dan memperagakan pelbagai program dan projek kemasyarakatan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup peserta-pesertanya.
Majlis ini juga sekali gus menjadi jambatan untuk mengeratkan jalinan mesra KDYMM Tuanku selaku Pengerusi YDSM dengan pelbagai lapisan masyarakat sejajar dengan prinsip ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.