Tanggal 10 Disember 2016, Skuad Sukarelawan bersama-sama komuniti setempat telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Skuad Sukarelawan YDSM bagi membersih dan menceriakan beberapa buah masjid di daerah Kuala Nerus. Antara masjid yang terlibat adalah masjid Kampung Seberang Takir, masjid Banggol Pauh, masjid Gong Kijang, masjid Bukit Kandis dan masjid Al- Abrar Bukit Tok Beng.

Program satu hari ini melibatkan keseluruhan ahli SUDY Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Kolej Universiti Bistari (UCB) dan Kolej Universiti TATi (TATiUC), Kemaman disamping khariah masjid-masjid berkenaan.

Menariknya, program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Kuala Nerus, Pejabat Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Disamping itu, skuad SUDY turut terlibat dengan Program Gotong-Royong membersihkan Pusat Ko-Kurikulum JPNT di Kampung Merbau Menyusut, Setiu pada 21 Januari 2017 (Sabtu) yang terjejas teruk akibat banjir pada awal bulan Januari 2017 yang lalu. Program berkenaan turut melibatkan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dan penduduk setempat.