Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2021 telah diadakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 29 November hingga 2 Disember 2021 bertempat di Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu khusus untuk golongan ibu tunggal dan beliawanis.
Diakhir Kursus tersebut turut diadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta kursus.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Fadzli Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, En. Sukiman Mohamed, Pengurus Besar, Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Subsidiari-Sudsidiari ExxonMobil di Malaysia dan En. Mohd Fauzi Mohd Zin, Wakil Pegarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kepada pihak ExxonMobil atas sokongan berterusan menyumbang dana kepada pihak YDSM.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu atas kerjasama dalam menjayakan kursus pada tahun ini.