Kuala Terengganu, 25 Ogos 2021 – Yayasan DiRaja Sultan Mizan pada hari ini berbesar hati menyumbang 8,000-unit kit ujian kendiri Covid – 19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

 

Penyerahan sumbangan ini telah dibuat oleh YBhg. Dato’ Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM mewakili YDSM kepada YBhg. Dato’ Dr. Hajah Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu di YDSM dalam acara ringkas dan pematuhan SOP PKP.

 

Nilai sumbangan ini adalah berjumlah RM280 ribu yang bertujuan untuk:

 

1- Meringan dan meminimumkan beban serta tanggungjawab petugas barisan hadapan khususnya dari JKNT dalam pelaksanaan setiap ujian covid–19 memandangkan ujian tersebut agak mudah untuk dilakukan disamping mendapatkan keputusan yang segera;

 

2- Membantu mempercepatkan proses pengasingan kendiri bagi mana-mana individu yang mempunyai kontak dengan individu positif Covid–19;

 

3- Meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan khususnya golongan asnaf untuk melakukan ujian Covid–19.

 

4- Membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid – 19.

 

Turut hadir adalah Tuan Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, YBhg. Dato’ Dr. Hasnan Arwit @ Hassan (Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perkembangan Kesihatan Awam/Primer) JKNT dan YBhg. Dr. Azmani binti Wahab (Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyakit Berjangkit (CDC) JKNT.

 

Disamping itu, YDSM juga turut memberi sumbangan makanan kepada barisan hadapan JKNT di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sejak Februari lalu dengan perbelanjaan RM30ribu sebulan.

 

Dalam pada itu juga, YDSM turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada golongan asnaf khususnya kepada penerima bantuan YDSM yang terjejas sumber pendapatannya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak tahun lepas. Untuk ini, YDSM membelanjakan sekitar RM200ribu yang memberi manfaat kepada kira-kira 900 keluarga.