Yearly Archives: 2018

/2018

MAJLIS KHATAN PERDANA BAGI KANAK-KANAK KELUARGA MISKIN

By | April 23rd, 2018|Uncategorized|

Sempena cuti penggal akhir tahun persekolahan yang lalu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah menganjurkan Program Khatan Perdana 2017. Program ini adalah disediakan khas untuk golongan yang kurang berkemampuan. Usaha ini adalah selaras dengan tuntutan agama Islam agar setiap umatnya samada lelaki dan wanita menjalani khatan/ [...]

MAJLIS GRADUASI UNTUK PELATIH DAN PESERTA PROGRAM YDSM

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

YDSM terus tekad dalam menggerakan usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat khasnya di Negeri Terengganu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan kemasyarakatan. Antara program sedemikian ialah Seni Kraf Warisan, Penghasilan Madu Kelulut dan Pembuatan Pastri.   Pada tahun ini, YDSM melahirkan seramai 61 orang graduan yang berjaya menamatkan kursus dalam ketiga-tiga bidang berkenaan dengan cemerlang. Sehubungan dengan itu, [...]

YDSM TAJA PEMBEDAHAN MATA PESAKIT KELUARGA MISKIN

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

Mata merupakan salah satu pancaindera anugerah Allah yang amat besar gunanya. Tanpa penglihatan yang normal, ia boleh menjejaskan aktiviti seharian seseorang terutamanya yang berkaitan pencarian rezeki. Begitulah situasi yang dialami oleh ketua bagi tiga keluarga miskin dari Terengganu. Ketiga-tiga mereka ini dikesan mempunyai masalah mata yang agak serius sewaktu berpeluang  menjalani pemeriksaan  mata semasa Program [...]

YDSM TERUS BIMBING PENERIMA BANTUAN DAN PESERTA PROGRAM

By | April 22nd, 2018|Uncategorized|

Saban tahun semakin ramai penerima bantuan dan peserta program yang berpeluang bernaung di bawah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). Sejajar dengan itu, YDSM telah berjaya melahirkan beberapa orang usahawan mikro hasil daripada program memperkasakan sosioekonomi peserta-peserta berkenaan. Program Kecemerlangan Insan Yayasan DiRaja Sultan Mizan merupakan salah satu program sebagai strategi susulan untuk memastikan para peserta [...]

YDSM ANJURKAN KURSUS KEUSAHAWANAN UNTUK MEMPERKASAKAN NILAI PASARAN SENI KRAF WARISAN TERENGGANU

By | April 21st, 2018|Uncategorized|

Kursus Keusahawanan Program Seni Kraf Warisan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) bertujuan melatih secara sistematik belia dan anak muda khususnya dari Terengganu dalam pelbagai bidang seni kraftangan warisan yang kian pupus jika tiada inisiatif khas untuk memulihara dan memeliharanya. Antara seni kraftangan yang dilaksanakan di bawah Program ini termasuklah perusahaan batik terap, batik blok [...]

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PESERTA PROGRAM SENI KRAF WARISAN YDSM

By | April 20th, 2018|Uncategorized|

Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) yang bermula tahun 2008 kini dan telah memasuki siri atau kumpulan yang keenam bagi sesi 2016/2017. Selama lima siri yang telah dibuat sebelum ini, sejumlah hampir 200 orang telah dilatih, namun belum pernah lagi pelatih-pelatih dibawa melawat ke tempattempat latihan atau pusat-pusat kraf di tempat lain. [...]

GOLONGAN IBU TUNGGAL DAN BELIAWANIS CEBURI BIDANG PERUSAHAAN MIKRO MADU KELULUT

By | April 1st, 2018|Uncategorized|

Madu adalah antara makanan sunnah yang diakui mempunyai banyak khasiat. Penyelidikan sains dan perubatan moden telah membuktikan pelbagai khasiatnya. Malaysia termasuk Terengganu menghasilkan pelbagai jenis madu. Salah satunya ialah madu kelulut. Madu kelulut terhasil daripada lebah kelulut iaitu sejenis lebah  tanpa sengat yang biasanya  boleh ditemui di kebanyakan kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia [...]

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN PELAJAR SEKOLAH SEMPENA BULAN PUASA DAN HARI RAYA 2017

By | March 20th, 2018|Uncategorized|

Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidil Fitri Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) merupakan agenda tahunan dalam taqwim YDSM. Melalui majlis ini, bantuan dihulurkan secara langsung kepada fakir miskin dan pelajar miskin yang dibawa dari seluruh Negeri Terengganu.   Melalui sedikit sumbangan yang dihulurkan, ianya diharapkan dapat meringankan beban [...]

JUALAN PROMOSI BUKU-BUKU TERBITAN YDSM SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN MAC 2018

By | March 19th, 2018|Uncategorized|

Assalamu'alaikum Semua!. JUALAN PROMOSI BUKU-BUKU TERBITAN YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN MAC 2018. DISKAUN HEBAT!! Tempahan dan pembelian buku-buku ini boleh didapati terus di Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan di Galeri Yayasan DiRaja Sultan Mizan, di Tingkat 1, Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala [...]

KDYMM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN LANCARKAN “BOARDWALK” SETIU

By | February 28th, 2018|Uncategorized|

Dalam usaha membangunkan kawasan Tanah Bencah Setiu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menjalankan beberapa aktiviti pembangunan sama ada fizikal mahupun pembangunan produk dan sumber manusia di kawasan tersebut dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), PETRONAS dan juga Kerajaan Negeri sendiri.   Pembangunan fizikal yang telah dan sedang dijalankan adalah pembinaan Boardwalk [...]