Uncategorized

/Uncategorized

PELANTIKAN BARU DUA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YDSM BERMULA 1 JANUARI 2019

By | January 1st, 2019|Uncategorized|

  BIODATA TUAN HAJI AZRI SANI BIN DATO’ MAZLAN Tuan haji Azri dilahirkan pada tahun 1971 dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Terengganu.   Seterusnya, beliau [...]

PEMBEDAHAN DAN RAWATAN MATA PERCUMA UNTUK KELUARGA MISKIN

By | December 30th, 2018|Uncategorized|

  Mata merupakan salah satu pancaindera yang amat penting dan tanpa penglihatan yang normal, ia boleh menjejaskan aktiviti seharian seseorang terutamanya yang berkaitan pencarian rezeki. Keadaan ini dialami oleh beberapa buah keluarga yang dikesan mempunyai masalah mata yang agak serius sewaktu berpeluang menjalani pemeriksaan mata semasa Program Hari Penglihatan Sedunia pada tahun 2017 dan Program [...]

MEMORANDUM YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN MENGENAI PEMBANGUNAN TANAH BENCAH SETIU SEBAGAI TAMAN NEGERI DAN WARISAN DUNIA

By | November 30th, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sejak penubuhannya pada 2005 telah memberikan komitmen yang mendalam kepada matlamatnya untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan pembangunan lestari. Bagi tujuan ini, salah satu fokus utamanya ialah program pemuliharaan dan pemeliharaan Tanah Bencah Setiu (TBS) di Terengganu berdasarkan prinsip bahawa sebarang pembangunan di TBS seharusnya bersifat lestari, tidak menjejaskan ekosistem [...]

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DI KAMPUNG MANGKUK, SETIU

By | November 20th, 2018|Uncategorized|

Hubungan manusia dengan alam sekitar tidak boleh dipisahkan. Alam sekitar memainkan  peranan  penting  dalam  menjamin kelangsungan  hidup  manusia  serta  memenuhi  keperluan mereka  sama  ada  dalam aspek  makanan,  pakaian, tempat  perlindungan  dan  medium  interaksi  antara  satu sama lain. Oleh itu, kepentingan penjagaan alam sekitar amat penting terutama untuk kelangsungan generasi mendatang.   Tanggal 2 November 2018, [...]

PERKASA SOSIOEKONOMI KELUARGA NELAYAN MISKIN: USAHASAMA YDSM & REPSOL MALAYSIA

By | November 5th, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) terus tampil menghulurkan bantuan kepada golongan dan keluarga yang memerlukan melalui bantuan zakat dalam pelbagai bentuk samada melalui sumbangan peralatan perniagaan, baik pulih premis perniagaan yang kedua-duanya di bawah inisiatif niagaruncit mikro, mahupun sumbangan kewangan untuk pendidikan dan kesihatan. Program yang dilaksanakan ini juga adalah menyokong program-program seumpamanya yang telah [...]

SKUAD SUKARELAWAN YDSM BERSAMA PELAJAR NEGERI TERENGGANU

By | October 5th, 2018|Uncategorized|

“Pelajar hari ini adalah pemimpin masa depan”. Ungkapan ini cukup masyhur di kalangan pelajar, warga akademik dan orang ramai. Menyedari pentingnya para pelajar dibimbing, Skuad Sukarelawan YDSM (SUDY) yang terdiri daripada mahasiswa/wi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta tampil melaksanakan Program Motivasi Skuad Sukarelawan YDSM (SUDY) bersama Pelajar Negeri Terengganu.   Program berkenaan telah [...]

YDSM SEDIAKAN PLATFORM UNTUK IBU TUNGGAL DAN BELIAWANIS MENTERNAK KELULUT DAN MENGHASILKAN PRODUK DIPERBUAT DARIPADA MADU KELULUT

By | September 25th, 2018|Uncategorized|

Ibu tunggal dan beliawanis adalah antara golongan masyarakat yang menghadapi pelbagai cabaran untuk menyara hidup diri dan keluarga. Cabaran yang dialami menjadi lebih getir jika ada anak dan keluarga untuk ditanggung. Dengan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang secara umumnya amat berat untuk menikamti keselesaan hidup. Sebagai usaha membantu supaya golongan [...]

HARI RAYA AIDILADHA AGIHAN DAGING KURBAN UNTUK GOLONGAN ASNAF DAN MISKIN

By | September 2nd, 2018|Uncategorized|

Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah menganjurkan Majlis Ibadah Kurban yang kini memasuki tahun kelima.   Kegiatan Majlis Ibadah Kurban YDSM ini adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Agihan Zakat YDSM (JAZ). Pada tahun ini JAZ telah menetapkan bahawa program tersebut dilaksanakan di Masjid AlMuktafi Billah Shah, Kuala Terengganu pada Hari Raya [...]

KDYMM SULTAN MIZAN SELAKU PENGERUSI YDSM PERKENAN MERAIKAN KEJAYAAN PELAJAR TERENGGANU YANG MENJADI JUARA DUNIA DALAM PERTANDINGAN ANTARABANGSA DI KOREA SELATAN

By | August 30th, 2018|Uncategorized|

Pada 30 Mei 2018, tiga orang pelajar dari SMK Kuala Besut, Terengganu telah mencipta sejarah apabila mereka muncul sebagai JUARA DUNIA dalam pertandingan antarabangsa bertempat di Gyeongju, Korea Selatan. Pertandingan ini ialah INTERNATIONAL STUDENT COMPETITION anjuran INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY (IAEA), sebuah agensi penting di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tugas utama IAEA ialah menjadi [...]