Uncategorized

/Uncategorized

MAJLIS IFTAR JAMA’IE RAMADHAN BERSAMA RAIKAN GOLONGAN KURANG BEKEMAMPUAN

By | May 21st, 2019|Uncategorized|

YDSM juga menganjurkan Majlis Iftar Jama’ie atau Berbuka Puasa bagi meraikan golongan kurang berkemampuan. Pada tahun ini kira-kira 300 orang diraikan dimajlis berkenaan yang diadakan pada 16 Mei 2019 di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus. Mereka ini adalah terdiri daripada fakir miskin, pelajar dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan murid/pelajar tahfiz/madrasah berdekatan serta musafir.   [...]

FAKIR MISKIN DAN PELAJAR DIRAI

By | May 20th, 2019|Uncategorized|

Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidil Fitri Yayasan DiRaja Sultan Mizan merupakan agenda tahunan dan melaluinya, golongan fakir miskin dan pelajar miskin diseluruh Negeri Terengganu dibantu. Melalui bantuan yang diberikan, adalah diharapkan ianya dapat meringankan beban golongan ini dan seterusnya meraikan Aildilfitri dengan penuh kesyukuran. Melalui sumbangan yang [...]

BUBUR LAMBUK PERCUMA KEPADA RAKYAT

By | May 10th, 2019|Uncategorized|

Bubur Lambuk YDSM adalah antara juadah berbuka puasa yang menjadi tumpuan dan penantian ramai khususnya di masjid-masjid pilihan yang mejadi tempat agihan. Program amal telah memasuki tahun kesebelas penganjurannya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Oleh itu,  kuantiti agihan telah ditingkatkan di setiap masjid yang terlibat.   Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Abidin [...]

PIALA YDSM – 10 TAHUN KONSISTEN MEMPERKASAKAN BIDANG PENDIDIKAN

By | April 30th, 2019|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan melalui salah satu matlamatnya, Membangun Modal Insan Berkualiti Melalui Pendidikan Dan Latihan, telah melaksanakan usaha berterusan dengan mewujudkan pertandingan pengukuhan bahasa Inggeris dan bahasa Arab Piala YDSM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Penganjuran Program Pengukuhan Bahasa Inggeris ini  telah mengjangkau tahun yang ke-10 dimana [...]

HARI KELUARGA YDSM 2019 DISAMBUT MERIAH

By | April 6th, 2019|Uncategorized|

Tanggal 27 sehingga 29 Mac 2019 yang lalu, YDSM telah mengadakan Hari Keluarga buat kali ketiga bertempat di Avilion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tersebut turut melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan warga kerja YDSM bersama keluarga masing-masing yang seterusnya menjadikan suasana lebih meriah.   Ianya merupakan landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan [...]

KDYMM SULTAN PERKENAN MENERIMA MENGADAP JURUFOTO TERKENAL, ENCIK MOHD NAZRI SULAIMAN DAN SUBJEK SENIFOTONYA, SYUKUR KHAMIS BUDAK GEMBALA KERBAU

By | March 29th, 2019|Uncategorized|

Pada awal januari 2019 yang lalu, telah tular di media sosial beberapa gambar seorang remaja yang dilihat begitu akrab dengan beberapa ekor kerbaunya. Muhammad Syukur Khamis atau lebih lebih dikenali dengan gelaran “Kampung Boy” dan “Mowgly Malaysia” telah menjadi bualan netizen di media sosial apabila beberapa foto aksi-aksinya yang bersahaja bersama haiwan-haiwan peliharaan.   Nazri [...]

BELASUNGKAWA ALLAHYARHAM WAN MUSTAFA BIN WAN SU (1939-2019) DALAM KENANGAN

By | March 24th, 2019|Uncategorized|

Wan Mustafa Bin Wan Su atau lebih dikenali sebagai “Wan Po” -- seorang Tokoh Seni Negeri Terengganu dalam bidang ukiran kayu yang tersohor di seluruh negara -- telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu 16 Mac 2019 bersamaan 10 Rejab 1440H di kediaman beliau di Alor Lintang, Besut. Beliau yang berusia  80 tahun menghembuskan nafas terakhir [...]

YDSM KERJASAMA DENGAN KEDUTAAN JEPUN UNTUK HANTAR EMPAT PELAJAR TERENGGANU KE JEPUN DI BAWAH PROGRAM JENESYS KUMPULAN KE-2

By | February 25th, 2019|Uncategorized|

YDSM sekali lagi berpeluang untuk menghantar empat orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terengganu menyertai program JENESYS 2018 setelah menyambut baik tawaran daripada pihak Kedutaan Jepun buat kali yang kedua. Program ini telah diadakan pada pada 29 Januari 2019 hingga 5 Februari 2019 bertempat di Tokyo, Osaka dan Hyogo prefecture in Japan. Program tersebut adalah anjuran [...]

JUALAN BUKU-BUKU TERBITAN YDSM

By | January 6th, 2019|Uncategorized|

Jualan Buku-buku Terbitan Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Buku-buku yang bertemakan Sejarah Kesultanan Terengganu, Seni Kraf Warisan Terengganu, Seni Bina Melayu Terengganu dan Alam Sekitar (Birds of Terengganu).   Dapatkan buku-buku YDSM dengan DISKAUN yang hebat sementara stok masih ada.   Terbuka juga kepada Kedai-kedai atau Syarikat-syarikat yang ingin memasarkan serta menjual buku-buku YDSM secara Konsainmen [...]