hapizul

/Hapizul

About Hapizul

This author has not yet filled in any details.
So far Hapizul has created 70 blog entries.

TAUTAN UKHWAH DI HARI KELUARGA YDSM

By | June 4th, 2018|Uncategorized|

Tanggal 25 sehingga 27 April 2018 yang lalu, YDSM telah mengadakan Hari Keluarga buat kali ke- 2 bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Program tersebut turut melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, kakitangan YDSM dan ahli jawatankuasa program YDSM bersama keluarga masing-masing yang seterusnya menjadikan suasana sambutannya semakin meriah.   Ianya merupakan landasan untuk saling [...]

KURSUS INDUKSI PROGRAM SENI KRAF WARISAN YDSM SIRI KE-7 SESI 2018/2019

By | June 4th, 2018|Uncategorized|

Salah satu usaha bagi menghidup dan menyuburkan kembali seni kraf warisan Terengganu ialah dengan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyambung dan meneruskan legasi seni kraf warisan ini. Sekaligus dapat mengatasinya dari pupus dan luput ditelan zaman. Generasi pelapis ini suatu hari akan lahir sebagai tukang mahir atau adiguru yang kini kebanyakan mereka telah lanjut usia. [...]

YDSM ANJUR GOTONG ROYONG PERDANA CERIAKAN MASJID & TANAH PERKUBURAN

By | June 4th, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana Siri 2.0 Skuad Sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan yang diadakan secara serentak melibatkan tujuh buah masjid dan tanah perkuburan dalam daerah Kuala Terengganu. Program yang diadakan pada 7 April 2018 itu melibatkan beberapa lokasi antaranya Masjid Hiliran, Masjid Tok Ku Tuan Besar, Masjid Tok [...]

KHIDMAT KESIHATAN MATA PERCUMA UNTUK MASYARAKAT DAERAH BESUT

By | June 3rd, 2018|Uncategorized|

Tanggal 31 Mac lalu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), Pusat Pakar Mata Bangi, Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat – Kempen Kesedaran Mata bertempat di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.   Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, [...]

BANTUAN PERSEKOLAHAN UNTUK PELAJAR MISKIN TERENGGANU

By | June 3rd, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) terus tampil membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini. Awal tahun 2018, YDSM bersama RHB Bank Berhad dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Pendidikan (PPD) Daerah Kuala Nerus telah mengadakan Sumbangan Bantuan Persekolahan Kepada PelajarPelajar Miskin Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Sesi 2018.   Program yang [...]

MANFAAT MADU KELULUT KEPADA IBU TUNGGAL DAN BELIAWANIS

By | June 3rd, 2018|Uncategorized|

Ibu tunggal dan beliawanis adalah antara golongan masyarakat yang mengahadapi pelbagai cabaran untuk menyara hidup. Cabaran yang dialami menjadi lebih getir jika ada anak dan keluarga untuk ditanggung. Dengan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang secara umumnya amat berat untuk menikamti keselesaan hidup.  Sebagai usaha membantu golongan ini boleh berdikari YDSM [...]

BUDAYA ASLI TERENGGANU DIPERKASA MELALUI BAHASA INGGERIS

By | June 3rd, 2018|Uncategorized|

Yayasan DiRaja Sultan Mizan melalui salah satu programnya “Your Language My Culture’ (YLMC) komited dalam usaha menerapkan nilai kebudayaan dikalangan murid disamping mempelajari bahasa asing. Program yang mendapat kerjasama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merupakan program bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris yang ditulis khas untuk kegunaan di semua sekolah [...]

YDSM KERJASAMA DENGAN KEDUTAAN JEPUN UNTUK MENGHANTAR EMPAT PELAJAR MENYERTAI PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MALAYSIA KE UNIVERSITI DI JEPUN (JENESYS)

By | May 30th, 2018|Uncategorized|

Buat julung kalinya empat orang pelajar institut pengajian tinggi Terengganu telah dipilih oleh YDSM bagi menyertai Program JENESYS yang telah diadakan pada 29 Januari 2018 hingga 6 Februari 2018 bertempat di Aomori prefecture (Tohoku Area), Japan. Program JENESYS (Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths) adalah program Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur [...]

MAJLIS PELANCARAN BUKU “BIRDS OF TERENGGANU”

By | May 29th, 2018|Uncategorized|

Tanggal 12 Februari 2018, Buku Birds of Terengganu terbitan YDSM dan Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan rasminya telah disempurnakan pelancarannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Pengerusi YDSM bertempat di hadapan Boardwalk Setiu Wetland, Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.   Berbeza dengan Majlis Pelancaran buku-buku terbitan [...]

YDSM SALURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

By | May 2nd, 2018|Uncategorized|

Kejadian bencana alam terutamanya banjir merupakan musibah yang harus diuruskan secara cekap dan berkesan oleh semua pihak. Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah merupakan antara pihak yang melaksanakan Program Bantuan Banjir kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Daerah di Terengganu sejak beberapa tahun yang lalu. Program ini juga adalah sejajar dengan objektif dan matlamat YDSM yang [...]