
KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu
Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.
Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar
- Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
- Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
- Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
- Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
- Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
- Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain
BERITA TERKINI
JUALAN BUKU-BUKU TERBITAN YDSM
Jualan Buku-buku Terbitan Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Buku-buku yang bertemakan Sejarah Kesultanan Terengganu, Seni Kraf Warisan Terengganu, Seni Bina Melayu Terengganu dan Alam Sekitar (Birds of Terengganu). Dapatkan buku-buku YDSM dengan DISKAUN yang hebat [...]
PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP WARGA KERJA YDSM
Kejohanan Bowling Tertutup YDSM di Pusat Bowling CORAL CROWN BOWL, PAYA BUNGA PLAZA, Kuala Terengganu. Semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga kerja YDSM.
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DI KAMPUNG MANGKUK, SETIU
Program Gotong-Royong Perdana Setiu Wetland telah diadakan dengan jayanya pada 2 November 2018, Jumaat di Kampung Mangkuk, Setiu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
PROGRAM BERKELOMPOK BANTU ISTERI NELAYAN – KERJASAMA YDSM & REPSOL MALAYSIA
Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) terus tampil menghulurkan bantuan kepada golongan dan keluarga yang memerlukan melalui bantuan zakat dalam pelbagai bentuk samada melalui sumbangan peralatan perniagaan, baik pulih premis perniagaan yang kedua-duanya di bawah inisiatif [...]
DAPATKAN SEGERA sementara STOK masih ada!