
KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu
Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.
Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar
- Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
- Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
- Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
- Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
- Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
- Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain
BERITA TERKINI
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK PERCUMA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442 HIJRAH
HEBAHAN UMUM !! PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK PERCUMA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1442 HIJRAH Orang ramai boleh dapatkan bubur lambuk YDSM dilokasi berikut SELEPAS SOLAT ASAR: [...]
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA RAMADHAN 1442 HIJRAH
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1442 H kepada seluruh umat Islam. Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
PERMOHONAN KURSUS USAHAWAN PRODUK MADU KELULUT YDSM 2021 KINI DIBUKA!!
HEBAHAN!! KURSUS USAHAWAN PRODUK MADU KELULUT YDSM 2021 SYARAT KEMASUKAN i. Warganegara Malaysia, keutamaan kepada rakyat Terengganu ii. Wanita daripada kalangan Ibu Tunggal dan Beliawanis sahaja iii. Berumur di antara 18-55 tahun iv. [...]
BULETIN TINTA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN VOLUME 2 EDISI JULAI-DISEMBER 2020
TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MEMUAT TURUN Buletin Tinta YDSM Vol.2 Julai Disember 2020 full
DAPATKAN SEGERA sementara STOK masih ada!