KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinIbni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) ialah sebuah yayasan amal yang dilancarkan pada 12 Jamadilakhir 1426 Hijrah bersamaan dengan 19 Julai 2005 bersempena Ulang Tahun keputeraan ke-43 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.

Falsafah
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

Tagline
Raja dan rakyat berpisah tiada

Visi
Menjadi sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepada rakyat dan negara dengan memastikan kecemerlangan dalam semua bidang tugasnya, serta mengekalkan hubungan erat Raja dan rakyat.

Misi
Bekerjasama dengan pelbagai pihak — kerajaan, swasta, organisasi dan individu di dalam dan luar negara — untuk melaksanakan pelbagai program dan projek YDSM dengan cemerlang dalam bidang pembangunan masyarakat, pendidikan serta pengembangan sejarah, agama, warisan dan alam sekitar

  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan mereka
  • Membangun modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan
  • Menggalakkan usaha penyelidikan dan penerbitan mengenai sejarah, agama, budaya dan warisan Terengganu
  • Melaksanakan program pemuliharaan dan pengembangan seni kraf warisan Terengganu
  • Menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari
  • Melaksanakan pelbagai program YDSM sebagai pencetus dan pemangkin dengan semangat menyokong usaha kerajaan dan pihak-pihak lain

BERITA TERKINI

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SKUAD SUKARELAWAN YDSM 2019

October 6th, 2019|0 Comments

Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program Gotong Royong Perdana Skuad Sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019 5 Oktober 2019, Sabtu yang melibatkan pembersihan beberapa buah masjid dan tanah perkuburan Islam [...]

KURSUS USAHAWAN PRODUK MADU KELULUT YDSM 2019

October 4th, 2019|0 Comments

Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diadakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 30 September hingga 3 Oktober 2019 bertempat di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu khusus untuk golongan [...]

Pendaftaran Kemasukan Pelajar YDSM Peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dibawah Program Pengambilan Pelajar dari Keluarga Berpendapatan Rendah (B40)

September 25th, 2019|0 Comments

Majlis Program Pendaftaran Kemasukan Pelajar Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) Peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dibawah Program Pengambilan Pelajar dari Keluarga Berpendapatan Rendah (B40) ke UniSZA.   Majlis yang berlangsung [...]

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN ILUMINASI DAN WARKAH EMAS DIRAJA TERENGGANU

September 9th, 2019|0 Comments

Majlis Perasmian Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019 yang telah berlangsung pada hari Khamis, 5 September 2019 bersamaan 5 Muharam 1441H bertempat di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Majlis Perasmian [...]

Video YDSM